~~~

Give Me Some Sunshine..
Give Me Some Rain..
Give Me Another Chance..
I Want Grows Up One Again...

nuffnang

~dipersilakan klik~

Followers

~~networkblogs~~

Thursday, November 15, 2012

cetusan rasa

Assalamualaikum pembuka bicara,semoga kalian semua sihat dan berazam baru sempena tahun baru..hijrah itu penting..

Lama menyepi dari dunia blogging bukan kerana ketandusan idea, mungkin kekangan waktu yang menghimpit.

Aku hanyalah insan yang kerdil, menjadi mangsa percaturan duniawi. Jika benar ini dugaan dan ujian bagiku, aku redha, tidak juga aku merungut. Ku hanya mahu meluahkan rasa hatiku yang setenang permukaan lautan tetapi bergelora didasarnya.

Cepat benar hatiku terusik, saat itu butiran kaca yang jernih jatuh menghempas hasil luahan rasa yang sungguh menyakitkan. Saat ku keseorangan, sepi jua membalut hatiku namun aku yakin Dia sentiasa ada. Namun jauh disuatu sudut, butiran kaca itu masih menjadi teman karibku . Disebalik ketenangan air mukaku, ada sirna yang cuba kusembunyikan.

Saat ini aku ingin bangkit, tetapi aku tidak setabah yang aku sangkakan. Hanya tangan kerdil ini yang mampu menadah menghadap yang Esa. Tidak pernah aku mengalah tetapi tipu benar jika aku tidak pernah tersasar.

Hasad dengki yang kau semaikan dijiwamu, menyemarakkan sorakan syaitan. Tatkala kau mendampingi makhluk durjana itu, aku hanya mampu berdoa untukkmu. Tidak pula timbul sekelumit dendamku terhadapmu. Aku ingin sekali melihatmu, mendengar alasanmu dan memaafkanmu walaupun sukar.

Terima kasih padamu jua, kerana engkau menguatkan aku, menyedarkan aku dari lena panjangku. Benar aku bukanlah diriku lagi, namun aku tekad mencarinya kembali.

Maafkan aku jika aku yang bersalah, jika puncanya aku engkau tersasar sedemikian rupa hanya ucapan maaf mampu kuhadiahkan.

Puaskah hatimu kini? Dia yang kau dambakan tetapi aku kau sisihkan. Duhai temanku, doaku selalu mengiringimu.


adios amigos,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...