~~~

Give Me Some Sunshine..
Give Me Some Rain..
Give Me Another Chance..
I Want Grows Up One Again...

nuffnang

~dipersilakan klik~

Followers

~~networkblogs~~

Sunday, August 29, 2010

-_-Kuih Raya-_-


COKLAT SI JANTUNG HATI

Bahan-bahan:
300 gm coklat putih kompaun }
200 gm coklat gelap kompaun } dicairkan berasingan
50 gm coklat strawberi kompaun }
100 gm badam cincang } dibakar dahulu
20 gm pes kacang hazel

Cara membuat :
1. Bagi membuat lapisan pertama, titikkan coklat strawberi ke dalam acuan yang berbentuk hati. Bekukan seketika di dalam peti sejuk.
2. Untuk lapisan kedua, masukkan 50 gm badam ke dalam coklat putih dan kacau sebati, tuangkan coklat ke atas lapisan pertama dan bekukan di dalam peti sejuk selama 10 minit.
3. Bagi menghasilkan lapisan ketiga, masukkan 50 gm badam dan 20 gm pes kacang hazel ke dalam coklat gelap. Kacau sebati dan tuangkan coklat ke atas lapisan kedua.
4. Bekukan coklat di dalam peti sejuk selama 20 minit, keluarkan dari acuan dan hidangkan.




COKLAT KETUPAT MANIS

Bahan – bahan :
50 gm coklat putih kompaun -dicairkan & dicampur sedikit pewarna kuning
50 gm coklat putih kompaun -dicairkan & dicampur sedikit pewarna hijau
200 gm coklat putih kompaun -dicairkan
Kacang pistachio secukupnya

Cara membuat :
1. Masukkan coklat yang diwarnakan ke dalam ‘pipping bag.’ Picit ke dalam acuan berbentuk ketupat. Bekukan seketika.
2. Keluarkan coklat setelah keras lalu tuang setengah coklat putih ke dalam acuan dan letak kacang pistachio.
3. Tuang lagi coklat putih menutupi kacang pistachio, bekukan di dalam peti sejuk selama 20 minit. Keluarkan setelah coklat keras.

1 comment:

Nanie Khairani said...

Salam.. bestnya tengok coklat yg berbentuk love tu... nak try buat lah kalau sempat nanti..

anyway, coklat kompaun tu macam mana ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...