~~~

Give Me Some Sunshine..
Give Me Some Rain..
Give Me Another Chance..
I Want Grows Up One Again...

nuffnang

~dipersilakan klik~

Followers

~~networkblogs~~

Thursday, November 3, 2011

Tangisan

Siapa cakap menangis tak ada gunanya? Menangis memang boleh membuatkan mata merah dan bengkak. Tetapi tahukah anda menangis juga mempunyai kelebihan dan manfaatnya??




1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur

2. Membunuh bakteria
Air mata berfungsi sebagai antibakteria . Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang terdapat di keyboard komputer, sentuhan tangan, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis boleh mengurangkan kadar emosional kerana dengan menangis, mood seseorang akan kembali ok . Air mata yang dihasilkan dari  menangis yang disebabkan  emosi mengandung 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun.Oleh itu, dengan keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh.

5. Mengurangi stress
 Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh yaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Selain menurunkan kadar stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membantu komunikasi
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangun sebuah komunikasi . Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di hadapan seseorang, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan
Meskipun anda menghadapi pelbagai masalah dan cubaan, namun akan lega setelah menangis. Setelah menangis, sistem limfa, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. 


Oleh itu menangislah untuk mengurangkan masalah yang anda hadapi.

adios amigos,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...