~~~

Give Me Some Sunshine..
Give Me Some Rain..
Give Me Another Chance..
I Want Grows Up One Again...

nuffnang

~dipersilakan klik~

Followers

~~networkblogs~~

Saturday, March 24, 2012

Banyak cakap-Talkative

Mempunyai anak yang banyak cakap (talkative) sememangnya memeningkan kepala ibubapa. Apatah lagi jika si anak bertanyakan soalan di luar jangkaan, jadi sebagai ibubapa jawapan dan penjelasan yang diberikan haruslah mengambil kira tahap pemikiran kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh:

1) "mama..mama...macam mana baby boleh idup lam perut mama ni? bile die nk kua mama?" (situasi ibu mengandung)
2) "ayah, kenapa bila lampu merah semua orang berhenti ? kenape ayah x jalan je..kan senang ayah sorang je yg jalan" (situasi di lampu isyarat)


Hah!!! tak ke pening macam tu? Salah jawab maka makin panjanglah pendebatan tersebut.

OK...nasihat aku:
Jika menghadapi masalah sebegini yang dikenali juga sebagai satu sindrom
 dalam perkembangan kanak-kanak (suka bercerita dalam kata lain banyak cakap dan banyak tanya).
Jangan sesekali memarahi mereka atau menunjukkan unsur-unsur yang anda bosan dengan 
soalan ataupun ucapan mereka.

sebgai contoh:

1) "Along ni..ada pulak tanya macam tu..mana la mama tahu..dah2..pergi main ngan kawan k"
2) "Ayah tengah drive kan ni..duk diam2 boleh x?"

Hal ini jawapan sebegitu boleh memberi impak besar di masa depan mereka.

Bukti-: Kawan baik aku sendiri mengakuinya

AKU:  "asal ko pendiam sgt ha? sampai cikgu tanye pom ko jwb nta..xtau..berapa kilo emas ko simpan lam mulut ko tu?hahhhaa (gelak jht)" diam sebentar.. "ko ad mslh ke?"

RESPONDEN: "eh..xdelah aku ok je..aku mls nk jwb je"

AKU: "ko ni btol ke x btol...mls nk jwb ko ckp..." sambil buat muka x puas hati.. "aku kenal ko dah lame..memang dr dulu aku tau ko kurang cakap..even ko ckp pom x bukak mulut..aku cuma hairan jelah"

RESPONDEN: "em ntah... (tgk..ntah lg) dulu aku byk ckp..aku ingt lagi mase aku kecik2..balik je sekolah aku mesti cerita pasal sekolah kt mak aku..yelah aku kan anak sulung...mane ade adik mase tu" 
suasana sunyi seketika... 
"tp ada satu hari tu aku balik je sekolah..mak aku ngah syok layan cite feveret die..so mcm biase aku potpet potpet duk cerita..tetibe die tutup telinga ..pahtu ckp along tepi la sket..ibu nk tgk tv ni dgn nada keras...." 

dia diam lagi....sebelum sambung cerita..."so sejak hari tu aku terus x byk ckp..mybe silent is better...


**********
Tetapi bagaimana pula dengan member yang banyak cakap? 
Ok..tidak dinafikan banyak cakap ni penting jugak..even bagi aku..aku suka..
tapi for 24/7 aku rasa tak kot...korunk macam mana??
tak setiap saat kita akan rasa nak cakap...ada masa kita nak layan perasaan sorang2 kan..
ada masa nak berangan gak...orang kata privasi...

some tips for u guys jika menghadapi masalah sebegini:

  • buat bodoh je..fokus kt laptop macam korang ngan khusyuk buat keje wlpn pada masa tu korang hanyalah "berfacebooking"
  • buat2 tido bila dipanggil nama korang
  • jawab..."ntah..mybe..xtau" kompem die akan senyap serta merta..
ape komen korang ngan gambar ni???



adios amigos,

Friday, March 16, 2012

cekelat MILO 3 in 1

Salam jumaat semua...syukur ke hadrat illahi kita semua masih lagi bernyawa hari ini...
ha....nothing much yang aku nak kongsikan cuma tiba je terase nak makan coklat...
nope2..bkn cekelat sekupang 2 biji

mahupun lolipop



tapi ini dia..tadaaaaaaaa

#
#
#
#
#
#

 chocolate bar
nak2 CADBURY punyer..omangaih.... nyum2..sedap
tapi realitinye itu hanyalah angan2 sebab nk kene pergi beli..so ape kate kite buat chocolate bar sendiri...

Bahan-bahan:
1. MILO 3 in 1 mcm ni...

2. Seterika 
3.Kain batik ataupun kain untuk melapik
4. Jarum peniti

Cara-caranya:
1. Ambil satu atau dua atau secukup rasa MILO 3 in 1 dan cucukkan ia dgn jarum peniti di sekelilingnya.
2. On kan suis seterika dan biarkan seketika sehingga panas
3. Sambil menunggu seterika panas, hamparkan kain secantiknya.
4. Letakkan MILO 3 in 1 tersebut di atas kain yang siap dihampar tadi.

5. Tutupkan ia dengan kain yang sama seperti gambarajah yang ditunjukkan di bawah.


6. Pastikan seterika tidak terlalu panas dan letakkan seterika tersebut di atas MILO 3 in 1 yang dilitupi kain itu tadi...

7. Pastikan seterika tidak dibiarkan terlalu lama bagi mengelakkan MILO 3 in 1 tadi hangus mahupun kejadian-kejadian yang tidak diingini yang lain seperti kebakaran kecil.
8. Balik-balikkan MILO 3 in 1 td sehingga ia mengeras.

Tadaaaaaaaa....

 Inilah die cekelat MILO 3 in 1...


SELAMAT MENCUBA ADIK2
MySpace




adios amigos,

Friday, March 9, 2012

~~Najwa Latif dipanggil Guru Disiplin sekolah~~

-comey kan si najwa ni-

just nak sharing jela...aku jumpe benda ni kt tenet..memang kreatif la sape2 yg buat lagu ni...
buat adik  Najwa..jgn mara aaaa
Enjoy yaaa!!

Cikgu: selamat berkenalan....
Najwa: kita Berkenalan hanya dalam laman muka buku.... :)
Cikgu: sat gi cikgu hantar kau dekat guru besar baru tau...
Najwa: Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo :P
Cikgu: cikgu sakit hati dah ni =="
Najwa: hati ku rasa sesuatu :P
Cikgu : sebelom kamu balik, datang jumpa saya kat office..
Najwa : Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Cikgu: atau kamu nak saya hantar kamu dekat guru besar? >:(
Najwa: Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu :)
Cikgu: cikgu rasa kamu ni dah tak betol..
Najwa: Oh oh benarkah rasa itu...
Cikgu : ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!!
Najwa : bagaimana harus bersua...ku rasa gementar tapi bahagia
Cikgu : memang kalau dah ade peluang nak rotan je kamu ni...
Najwa : perlukah kita cari peluang pertama..
Cikgu : saya dah agak hang ni bermasalah..
Latif : walaupun kita tak pernah berjumpaa..... ooohh uwouwouwo\
Cikgu: otak saya dah sarat dengan macam2 masalah.. Kamu ni buat...
Najwa: Banyak persoalan yang berada di minda =P
Pelajar lain menyampuk: cikgu ni banyak tanya la...
Najwa : Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Cikgu disiplin : cikgu jom pegi lunch dengan saya kejap lagi
Cikgu: Argh, tak nak, nak settle kes najwa ni
Najwa : Otak kata jangan hati pula kata ya =)
cikgu: tak menentu saya di buatnya..
Najwa : Hidup tak menentu adakah ini cinta......
Cikgu : konfius!!!
Najwa : banyak soalan banyak juga jawapannya
Pelajar lain : kalau ikut hati,cikgu kami memang nak bunuh hang ni adoiii
Najwa : kata hati dan rasa tak dibiar saja..
Cikgu Disiplin : masuk bilik saya nak jalankan operasi merotan ni...
Najwa : setiap yg berlaku ada kebaikannya,harus pejam mata dan cuba apa saja...
Cikgu Disiplin : kamu pandang muka saya..
Najwa : Pabila kau renung tajam tajam mata aku
Cikgu Disiplin : cikgu, kau rasa kita nak report kat encik latif ke..
Cikgu : aku rasa...
Najwa : Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Cikgu : Najwa! Ape semuanya ni?
Najwa : Oh oh ini cinta remajaku.. :P
Cikgu : cinta? Dengar baik2 kata-kata cikgu ni...
Najwa : Dan pabila kau katakan kau suka aku... ^^,
Cikgu Disiplin : sudah., Diam!!
Najwa : Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju...
Cikgu Disiplin : Cikgu! cinta apa yang dia merepek ni?
Cikgu : Oh oh itulah cinta yang satu XP
Cikgu Disiplin , Cikgu , Najwa : Cinta di muka bukuu....





adios amigos,

Sunday, March 4, 2012

chapter 1: tanda2 lelaki bakal berubah arah

hehh...ko ape kabor?? aku sihat...heh....
arini senyum je manjang...bukan mental ..tapi sebb 'happy'...wlpn hati aku panas...
******
Ok..perkara pertama yang aku nak korang tahu adalah punca kenapa aku nak tulis entry ni...
sebab musabab pertama adalah sebb mamat ni update blog die..heh...bukan nk bersaing..bukan nak tunjuk hebat...tp menarik jgk isu perbincngan dia (mamat itu) kali ini...


Menurut mamat ni..dia cuba bangkit semula dari kekecewaan yang lalu..katanya menyesal kerana menghancurkan hati kekasihnya suatu masa dahulu...ketika dia sedar akan kesilapannya..dan bersedia 'cleans up everything' si wanita pula nekad meninggalkan dia....

Ironi bukan?  'WHAT GOES AROUND COME AROUND'
"BAK KATA PEPATAH SESAL DAHULU PENDAPATAN..SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA"  kena betul kt batang idunk ko beb..hahha... 

Mungkin...'maybe just maybe' mamat itu ada sebab2 tersendiri pergi meninggalkan dan datang kembali menuntut...tetapi bagi wanita..itulah perbuatan yang tersangatlah kejam.. di suatu sudut hati aku sendiri aku faham si wanita..tetapi di suatu sudut lagi mungkin tak ....

Bagi aku anggap jela itu hanyalah mainan hidup...ibaratnya bermimpi di siang hari... hahahhaa.. MySpace
******
Sebab musabab kedua sebab aku dah penah ..hampir...melalui saat2 genting tersebut... hehh... siapa dia bukanlah menjadi ukuran sekarang ini kerana apa yang aku cuba sampaikan disini..semoga wanita-wanita diluar sana 'take a note' ... LAUTAN TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA ... 

PELAJARAN PERTAMA : TANDA2 AWAL SEORANG LELAKI MUNGKIN /BAKAL BERUBAH HATI

1) Berjumpa kembali rakan lama: terkenang memori lama ...sebagai contonhya mula teringat panggilan manja dahulukala....

2) Si dia (lelaki) snggup bersusah payah membalas mesej si perempuan tersebut wlpn tengah bekerja..sedangkan dengan kekasih hatinya sendiri tidak seperti itu.... sebagai contoh si lelaki meminta maaf kerana lambat membalas mesej si perempuan.

3)Semakin aktif menambah kenalan di FACEBOOK mahupun laman sosial yang lain..dan kenalan yang dinaik tambah itu pula adalah perempuan... so kamu..kamu,...dan kamu...perempuan dan wanita di luar sana yang mempunyai teman lelaki yang mempunyai dan aktif berfacebooking...tinjau2 la aktiviti mereka....

Hal ini kerana mereka cenderung untuk mengenali perempuan lain walaupun sudah mempunyai teman wanita...ini kisah benar yang pernah terjadi kepada diri aku sendiri..dari situ rumusan dan tinjauan yang aku lakukan..lelaki memang sukar difahami....

Sebagai contoh (memang terjadi) mereka (lelaki) ramai menegur aku di laman sembang(tiada langsung unsur riak takbur disitu) apabila kuselidiki...ternyata di laman profilenya jelas terpamer mempunyai kekasih hati..malahan isteri..tetapi masih 'tergediksss" nak mengorat aku...(dalam erti kata yang lain perempuan lain)

Apabila ku ajukan soalan "asal nak kenal2 sy..awak kan dah ade mkwe?" dijawabnya dgn nada xde rase bersalah langsung  "alah..mkwe2 la...xkan xboleh nk pasang 2..kan lelaki ade kuota 4" menarik bukan jawapan yang mereka berikan??

4) Tanda yang seterusnya...Mereka (lelaki) mula jarang menghubungi anda..apabila ditanya..pelbagai alasan diberikan... "sory la syg...abg bz la" sedangkan sesibuk mereka..mereka boleh lagi membalas msj perempuan lain... pelik bukan??



5) Kalau dulu boleh bergayut di telefon sampai sejam lamanya tapi kini dan lain. Baru bercakap lima saat, dia dah mula buat alasan untuk hentikan perbualan. macam-macam alasan dia beri, jiran sebelah rumah datanglah.. adik menangis mintak susulah.. nak kena beri makan kucinglah.. kena angkat kain di jemuranlah.. pendek kata ada je idea dia. Kadang2..tak sempat anda bukak mulut..si dia sudah pun meletak telefon.


6) Tanda yang paling penting adalah  bila diajak keluar dating, macam-macam alasan yang dia beri.. tak sihatlah… mak xbagi keluar la… kene kemas rumah la Pendek kata 1001 alasan dia berikan pada anda dan sesetengahnya tu pula, alasan memang tak masuk akal langsung..

so anda2 perempuan2 di luar sana...jangan biarkan diri anda menjadi seperti bunga ini....masa anda hot..cantik molek...anda dicumbui bagai nak lemas..tetapi bila layu tak berbau..dibuang begitu sahaja...


jadilah anda seperti pasangan ini..walaupun dinding memisahkan mereka...tetapi cinta mereka tetap teguh seteguh dinding itu

psssttt: entry ini tiada kaitan dengan diri aku.... hanyalah sebagai langkah2 awal..untuk menyelamatkan kaum yang sekaum dengan aku dari menjadi mangsa cinta..xsalah untuk meragui mereka..tetapi janganlah mengongkong...ambillah mana yang baik untuk dijadikan teladan ok....

i love u my readers....mwahhhhh..thanks sudi membaca...
 to be cont...




adios amigos,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...