~~~

Give Me Some Sunshine..
Give Me Some Rain..
Give Me Another Chance..
I Want Grows Up One Again...

nuffnang

~dipersilakan klik~

Followers

~~networkblogs~~

Sunday, October 20, 2013

Penipuan Produk Kecantikan

Salam 1 Malaysia..

Hari ini, aku sangat berbesar hati untuk berkongsi satu kisah penipuan produk kecantikan yang mana berlaku dekat aku sendiri. Ok sebelum semua agent-agent produk kecantikan  marah aku , ingin aku perjelaskan produk yang aku maksudkan adelah LWM.

So mesti korang semua tertanya-tanya apekah sebenarnya LWM yang aku cuba luakan disini bukan. Takpe, yang penting korang baca dahulu petikan cerita ini....

Sumber: Facebook
Mangsa: Unknown

PETIKAN PERKONGSIAN PENGALAMAN BAGAIMANA NEW YORK SKIN SOLUTION MENIPU.

"..Nak story sket pengalaman temankan my younger sis pegi New York Skincare Solution (NYSS).My lil sis, Nurul gatal tangan sms ke NYSS for free facial trial and free travel kit. So one of NYSS's staff called her and after some chit chatting and after Nurul confirmed with her that there will be no hidden charges or she doesn't have to sign up with any of the packages, that fella sets an appointment for her last friday at NYSS Mid Valley Megamall.

So here goes, when we arrived there around 1 pm, her name wasn't in the appointment list. So that's fine with us as it was a free facial. Owh...lupa nak bagitau, masa tgh tunggu nak fill up forms tu Nurul bagtau yang dia tu student. We realized that staff dkt situ semua buat muka tak puas hati bila dengar she is a student. Berbalik pada cerita tadi. After she fill up the forms and so on and after we were given some explanation which I can assure you semua tu tipu belaka, the FREE FACIAL treatment started. I thought kalau service dia bagus, I myself pun nak sign up for the treatment. Maklumla NYSS kan masuk paper, tv commercials and so on...

As I were waiting for her to finish, aku tengok, bagus la everybody yang dtg for free treatment semua sign up for the package. Aku pun macam kagum, mesti bagus treatment and service dia. Lepas kagum2 tu dan lepas jln2 kat dlm MV, Nurul pun call bagitau dah siap treatment. So aku pun pegi la. Dia cakap best jugakla facial sebab dia pun mmg x penah buat facial, so pada dia dah best gile la. Sementara tunggu turn utk discan balik muka dia tu, aku bisik2 la kat Nurul, gile la semua consultant dia bila keluar je dari dari consultation room mesti bwk keluar duit at leats pun RM 50. Yang kitorg ni takde plan pun nak amek package apa2 coz kitorg bwk RM 50 je that day. Bila sampai turn kitorg je dia pun scan muka adik aku balik which I know semua tu tipu gak. Bagi penerangan apa ke jadah semua dan bagitau harga package dia which RM 280 per session! My sister needs 20 sessions to make her face looks beautiful.... Wahhhhh...cuba you guy darabkan RM 280 dgn 20 session. Lepas tu ckpla yg mereka akan bagi mask free which cost RM 90, ultrasound free worth RM 50 and so on sampai ckp 1 treatment sebenarnya berharga RM 500! Tapi kalau sign up sekarang RM 280 je. Padahal benda2 yg dia ckp tu dah masuk dalam RM 280 tu je.

RM 280 x 20 = RM 5 600

Dia minta half for the deposit

RM 5 600 / 2 = RM 2 800

Kitorg ckp la too expensive lagipun Nurul student lagi. So let her discuss with our mum first before we sign up. Consultant tu pun bagi lagi satu package for 10 sessions.

RM 280 x 10 = RM 2 800

Deposit half of it

RM 2 800 / 2 = RM 1 400

Kitorg still refuse to sign up. Sebab kitorg takde duit masa tu! Dia pun panggil la sorg lagi consultant, she introduced herself as CARMEN. Dia pok pek pok pek dgn kitorg. Aku pun dah rasa tak selesa coz tgh marah sgt. Aku takut la bleeding sebab dulu penah sekali aku marah org sampai kuar darah. All I care now is to get out of there. Sebab aku betul2 tak puas hati dgn service yang PAKSA - PAKSA org ni. Carmen tu bagi pakej utk 5 session pulak.

RM 280 x 5 = RM 1 400

Deposit half

RM 1 400/2 = RM 700

Kitorg refuse lagi. I stressed out to them let Nurul discuss with our mum first! And then ckp dkt sini kitorg ada rules & regulations. Semua customer who come for free trial MUST sign up for their package! Nurul cakap, your consultant tak cakap pun masa telefon because she already asked about that! Aku lagi angin bila dengar. Aku cakap kitorg x nak sign up apa2 pun. ThenCARMEN tu keluar, masuk sorg lagi. Tak reti nak introduce diri sendiri terus attack my sis and I. She said something like this,

"Siapa yang buat facial tadi? You?" she pointed at me. Aku geleng and ponited to Nurul. She said " You?" Nurul angguk. " Then I will talk to you only. I won't talk to you. You can keep quiet" sambil tangan dia suruh aku diam. Kurang ajar punya org. Dia pok pek pok pek to my sis and reduce the package to 3 session dengan home product which kitorg tau yg dia akan suruh tambah lagi session and pay another price for the product sooner or later. Talking about tactics...

RM 280 x 3 = RM 840

Half of it

RM 840 / 2 = RM 420

Kitorg still refuse sebab kitorg memang TAK NAK! Plus TAK ADA DUIT! My sis cakap kalau bayar monthly maybe dia mampu but with the unreasonable price memang dia tau dia tak mampu. Sekali treatment pun tak mampu. Elaun dia belajar RM 600 sebulan sebab dia nursing student, buku2 lagi and ada few lagi yuran2 nak kena bayar end of this month lagi. She explained to them. And then boleh minah tu cakap, "You pakai akaun apa?" "Maybank" Nurul answered."Then kita boleh deduct from account for deposit". Nurul cakap dalam akaun dia ada RM 50 je. Minah Cina tu ckp "You bayar RM 50 dulu la. Lepas tu you discuss dgn mama you, bayar balance la. You cakap dgn I you ingat your mama akan bagi you buat treatment ka dgn harga mcm ni. I guarantee la your mom takkan bagi". Celaka.

Ini boleh mendatangkan marah. RM 50 adik aku tu pun dia nak kebas.

Aku cakap "kitorg tak minat nak ambil package you. Plus kalau I ada duit skrg ni pun. I won't pay for her here. I rather pay for her at DermaGenesis or Klinik Ayu Jelita. I have experiance pegi buat face and body treatment. You name it. TCA, Pixel, MDB, Lipo semua I pernah try before I got married".

"arent you bayar ke abg you yg bayar? Kalau pernah buat kenapa muka you tak cantik? Kenapa badan you gemuk?" she said.

Aku balas balik "This is because I'm pregnant!".

Dgn sinisnya dia cakap "You pregnant before you kawin?".

Aku balas "Don't be ridiculous. Of course I'm married. I gemuk because I'm pregnant. I look like this because I'm pregnant. I've got pimples because of my hormones. Everything I buat before I got married. For the wedding. I pergi 2 tempat tu, consultant sana beri masa utk discuss with parent and to think about it. And guess what my parent agreed. So I don't think my parent are so typical about this. Plus the price lebih reasonable and result guaranteed. Dengan you setakat facial treatment, sampai RM 50 pun nak kebas".

Masa tu aku dah pegang perut coz it hurts a little bit. Minah cina tu tanya lagi "You pegi mana?". " DermaGenesis and Ayu Jelita" I replied. Dia tak mau mengalah jugak "Then why don't you bring her there?" " I will. I like the service + the treatment. Kat sana takde PAKSA - PAKSA punye service. Affordable". Dia senyap. "Okay la. you balik discuss wth your mama. Esok you datang bawa your mama. I bagi your mama free facial. Tapi your mom je. Your sister tak boleh" she pointed at me again!

"Okay" my sis replied walaupun dalam hati dah berjanji takkan jejakkan kaki kat dalam New York Skincare Solution lagi. Dengan penuh sakit hati aku berkata dalam hati "I wouldn't recommend you to my friends. Your service sucks!" Kitorg keluar dari premis dia dgn tangan kosong. Mana ada dapat free travel kit tu. Penipu! Walaupun kitorg tau, kitorg MESTI kena kutuk dengan diorg. We don't care. At least kitorg boleh sebarkan kat org lain mcm mana diorg ni menipu pelanggan."

Originality Boleh klik disini : Original Text

Ok sekarang berbalik kepada cerita aku.

Suatu hari pada penghujung tahun 2011 aku menemani kawanku yang berbadan agak gempal si A ke LWM - London Weight Management. Walaupun aku tidak setuju dengan keputusan dia tetapi buat ape aku nak kisah jika duit tu duit dia kan. Haha.

Lagipun menurutnya, sebenarnya dia sudah sign up pakej LWM tetapi dah lama tak pergi dan miss dia punya sesi treatment. Bertempat di satu shopping mall dekat Subang Jaya, sampai je depan kedai LWM kawan aku ni buat hal la plak xnak masuk. Ape ke senget dah sampai xnak masuk plak.

So aku pun heret la A masuk sebab aku fikir dia dah bayar deposit haritu 1000++ so rugilah kan. Masuk-masuk je kami diasingkan sebab dia dah ade coach dia. Asalnya hajat aku nak keluar la dah kawan aku dah jumpa coach dia, eh sekali minah yang entertain kami pada awalnya pujuk aku tuk try jugak, kebetulan aku bersama seorang lagi kawanku yang badannya memang berisi dari A iaitu B.

Maka kami berdua terpaksa la tadah telinga dengar explanation dia, si kawan aku B mula la lembut hati, ha nampak tak permainan diorang ni tunjuk la konon-kononnya testimoni orang yg sudah berjaya maka kaburlah mata si B ni dan excited la dia nak try 1st yang free tu.

Aku tetap keras hati xnak cuba, tapi dah bosan kene pasal dan atas dasar aku pegang yang "1st trial is free" maka aku pun setuju la nak try sebab pada pandangan aku free je pun ape nak kecoh kan tapi banyak kali aku ulang ayat ni "confirm free ni sebab saya xde duit ni" sebelum masuk ke ruangan rawatan dia.

Lagi satu sebab bila kawan aku si B pun turut sama pujuk sebab nak temankan dia try sekali. Maka bermula la rawatan dia... Mandi wap, sapu herba pahtu kene wrap ngan plastik berpeluh-peluh aku dan bla..bla..bla..dan akhirnya siap la.

Andaian aku kawan aku si B pun try jugak sekali dia cakap coach dia nasihatkan tuk terus pergi sesi sebab kalu dah try yang fri ni rugi la nanti hilang 1 sesi rawatan sebab yang free ni just dapat sikit rawatan berbanding yang betul.

Ha nampak tak permainan dan sandiwara diorang ni , so kalu korang dah pergi yang 1st trial tu yang kononnya percuma tu t korang akan rugi 1 full treatment yang betul. Aku pun menyampah la sebab aku sorang je yang ntah pape duduk dalam tu lama2.

Dah settle nak blah aku kene tahan, si minah Chinese yang buat rawatan kat aku tu mitak aku sign up. So aku dengan tegas ulang ayat ni "1st trial is free kan lagipun saya xde duit" tapi dia tetap paksa-paksa aku katanya aku boleh bayar deposit dahulu separuh harga. Aku mcam biasa still tetap xnak join benda alah tu dan minah tu still pujuk-pujuk aku sambil tunjuk testimoni-testimoni pelanggan diorang.

Sampai satu tahap dia tanya aku .. 
"U ad bawak kad atm x?" 
"Ada"
"Kami boleh potong dari u punye akaun"
"Tapi saya xde duit"
"Its ok, kita potong dulu brapa yang u ada then nanti u bank in , kita potong lagi"
Dalam hati aku kepala hotak pak ko..sesuka hati je nak potong duit orang mcam tu then aku pun perah idea nak blah, then aku terfikir yang kad CIMB aku ade RM10++ je,,..haahahah..hamik la ko nak potong sangat .

Aku terus keluarkan kad aku, then die scan..mungkin xpuas hati dengan balance aku ada, dia scan lagi sekali. Then bila dah sah aku memang xde duit dalam akaun tu, minah tu mula marah dan maki dalam bahasa Mandarin. aku cuma boleh tangkap dia cakap "macam ni punya orang (merujuk kt aku) pun ada, gila... dah try xnak bayar"

Aku juz buat muka seposen sambil pandang dia marah-marah then dalam hati aku terdetik "Sial punye minah, ada aku kisah?"

Hahahaha... So buat korang semua para pembaca, jangan cepat percaya pada benda yang percuma.
adios amigos,

8 comments:

aienzunnur said...

Ptt la lwm ni xpenah2 sukses...menipu je.

Putri Nur Amira Elisya said...

tahu xpe...mule2 ingtkan i punye kes terpencil...xsgke kecoh kt fb pasal story akak di atas tu ha..hahahha..dah la rawatan ntah pape..

Liza Licha said...

benda yang too good to be true ni baik tak payah. :)

Putri Nur Amira Elisya said...

@liza ..haha..tau xpe...

Anonymous said...

nyss pancing orang dengan voucher murah. lepas tu paksa orang beli package yang mahal mahal.

PACAT said...

Tak sabar nak buat laser dkt ayu jelita this dec 2013 nie

PACAT said...

Tak sabar nak buat laser dkt ayu jelita

hamba Allah said...

Sy pn kn pakse byr sbb xjd nk wat treatment coz ad emergency,ckp free tp dorg ckp kne byr rm500++ sbbnye xtggu 3 jam n dh sign form td..mmg geram sgt time tu tp dorg rmai..sy nk wt call pn die suh call kt dlm jgn kuar..pastu bl byr xckp siap mtk debit card lg,tnye plak "u xgune credit card ke?".. Mmg xpuas ati sy..jgnla g ke nyss tu..serik²

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...