~~~

Give Me Some Sunshine..
Give Me Some Rain..
Give Me Another Chance..
I Want Grows Up One Again...

nuffnang

~dipersilakan klik~

Followers

~~networkblogs~~

Tuesday, April 17, 2012

Nasihat Puan Ibu


Sesungguhnya suasana kampung sangat mendamaikan, lebih-lebih lagi di petang hari sebegini. Angin sepoi-sepoi bahasa cukup mendinginkan tubuhku. Tanpa sebarang aktiviti, aku hanya duduk2 di pangkin melihat keindahan alam ciptaan-Nya..

-bestnye lau dpt bina rumah kt sini-


Dari kejauhan kulihat sekujur tubuh terkedek-kedek menghampiriku lantas melompat dan diam disisiku. Itulah OREN si berbulu jingga,kucing kesayangan keluarga kami. Ku usap2 kepalanya, lantas matanya terkatup ratup rapi. Ku raba pula perut montelnye,ia menggeliat dan berbunyi "meoww" tanda ia menyukai perbuatan aku tadi.

"suke la tu" aku bermonolog.
*****

Bukan senang untuk aku menceritakan 'personal life' aku nak2 bab insan istimewa dekat adik beradik apetah lagi parents aku. Lain benar kali ini, seluruh rahsia yang kusimpan rapi selama ini mula berselerak. "huh..ini semua kakngah punye pasal" aku mendengus.

Kerana keprihatinan die menyelongkar Sony Ericsson Cybershot akulah, rahsiaku terbongkar. Sekarang seisi rumah tahu siapa gerangannya insan istimewa itu.Sedikit sebanyak aku patot berterima kasih padanya..yelah mana tidaknya jejak je kaki dirumah ni, ibu pasti bertanyakan si dia. Itu belum masuk bab adik beradik lain yang suka benar mengenakan aku pasal si dia.

-cinta itu buta-

*****
Tapi lain benar kepulanganku kali ini "dah2..ibu xnk dgr ape2 lg da" tegas bunyinya sambil  ibu meletakkan jari telunjuknya kebibirku.

"ala..ibu!!" aku x berpuas hati..sambil menarik muka...sempat ku intai disebalik suratkhabar..berdekah2 encik ayah ketawakan aku...termasuk la adik bongsuku yg jadi pemerhati dari tadi...

arghhh "LIKE FATHER LIKE SON"  detik hatiku...huhhh

Dsebabkan pointerku yang agak jatuh semester lepas, sedikit sebanyak puan ibu menyalahkan hubungan aku dengan si dia puncanya. Lantas aku diberikan peraturan baru yang panjangnya sehelai kertas A4. Susah benar untuk tawar menawar dengan puan ibu.

Mulai saat itu bermacam peraturan yang aku kene ikuti, antaranya:

-Tidak boleh selalu berjumpa dengan si dia.
-Ibu akan selalu menelefon aku untuk mengetahui kegiatanku.
-Duit poketku dikenakan diskaun 50%
-Setiap markah ujian mahupun kuiz aku harus melaporkan kepada puan ibu



Tapi itu kisah 4 tahun lepas..Kini lain pula kisahnya, puan ibu risaukan aku yang berkawan ramai lelaki semenjak hubunganku dengan si dia putus tak lama selepas kejadiannya di atas.

Petang itu,aku masih dalam mood bercuti menghabiskan sisa-sisa cuti midsem ku.

Puan ibu kelihatan khusyuk melipat baju manakala encik ayah tak habis-habis membaca suratkhabar, entah kali keberapa dibacanya tuk hari ini aku pun tak pasti. Suka benar dia dengan berita, sudahlah ditatapnya suratkhabar, televisyen pada ketika itu juga menyiarkan berita jam 5 petang.

Aku mengambil tempat disebelah puan ibu.

Entah macam mana puan ibu boleh menasihatkan aku, katanya "kalu x suke org tu jgn duk melayan,jangan nak bagi harapan kat org...jgn sesekali nk cuba berkawan dgn suami org...kite nak ke org kaco suami kite? wlpn hanye berkwn..jd mcm tu jgk dgn isteri org tu" 


Suasana sunyi... ibu memandang ke arah aku dan menyambung "ingt pesan ibu..nak2 dunia sekrg ni..makin menjadi2..disebabkan cemburu simbah asid..bergadoh..berbunuh sebb berebutkan jantan...kene culik, lari dari rumah..puncanya berkwn melebihi had.."

Puan ibu diam lagi,tangannya masih rakus melipat baju. Aku hanya mampu tersengih,waktu sebegini mendengar lebih baik, menyampuk kurang ajar.

"ibu xnak anak-anak ibu mcm tu, faham"

"ye bu kami faham" serentak aku dan adik-adikku yang lain menjawab, faham benar ngan sikap ibu yang tegas.
*****
Masih terawang kejadian sebentar tadi, ini semua gara-gara puan ibu mendapat tahu aku berkawan dengan suami orang. Hal ini pun puncanya dari kakngahku, suka benar dia menyibuk hal peribadiku tetapi salah aku juga. Tiada siapa pun yang menyuruh aku meninggalkan handphone merata-rata.

-to be continue....



-tiada kaitan langsung dgn gambar ni =P 
adios amigos

6 comments:

confdeb said...

jln2 sini..
http://macammacamcite.blogspot.com/

Ini Kisah Tia said...

dari kawan tu lah boleh merubah segalanya . apapun , jaga hati . jangan iterlalu ikut hati . nanti dah sayang , susah nak patah balik :)

A.I.Z.A.T said...

cik ni bertuah sebab ada ibu yang sangat mengambil berat..hargailah nasihat ibu, kerana dia sentiasa tahu yang terbaik..

salam singgah :)

putri nur amira elisya said...

thanks ini kisah kita n aizat... hehe..well...i really2 appreciate my mom...tunggu kisah selanjutnya kalu nk tau perkara sebenarnya..hehe...

aima said...

dengar ckp puan ibu tu....jgn sesekali kwn dgn laki org, xde istilah takdir ngan laki org sbb jodoh kita cari...ikut rasa syg jiwa melayang....bab hati bole control bukan x bole, tanya la hati...

putri nur amira elisya said...

sabar ye semua..jgn cpt menjathkan hukum cik aima ...sy xpenah berkasih syg ngan laki org.. sbr menunggu smbungannya... skrg agak bz.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...