~~~

Give Me Some Sunshine..
Give Me Some Rain..
Give Me Another Chance..
I Want Grows Up One Again...

nuffnang

~dipersilakan klik~

Followers

~~networkblogs~~

Friday, October 25, 2013

HORROR & THRILLER

Lately ni aku taktau ape yang dah merasuk aku, hampir setiap hari aku mesti tengok cerita2 dan movie horror & thriller. Lagi dahsyat bila aku boleh tengok movie-movie ni tetengah malam.

Tambah dahsyat bila aku boleh gelakkan housemate aku yang tengok cerita seram ramai2 sambil jerit2 tutup mate sebab bagi aku cerita tu xseram langsung...haha

Apa yang pasti selepas peristiwa aku diganggu makhlus-makhlus yang xnampak pada suatu ketika dulu membuatkan aku lebih berfikiran positif walaupun aku terdengar bunyi orang menukang (memaku dinding) tetengah malam (pukul 2 pg) dan almari yang dengan tiba-tiba terbuka tanpa ada punca angin.

Semalam yakni KHAMIS MALAM JUMAAT tanggal pukul 11 mlm ke atas dengan selambernye aku boleh layan cerita INSIDIOUS dan bagi aku cerita ni biasa je.



Tapi apa yang kelakarnya bila aku tengok movie THE CONJURING siang-siang hari yakni pagi tadi JUMAAT 25 OCT 2013 aku boleh rase seram dan akibatnya aku bukak lampu. Haha.., mungkin disebabkan cerita itu betul-betul menyeramkan.

So dekat bawah ni adalah antara senarai cerita seram aku tengok dalam 2,3 hari lepas...

 Ok la..not bad.

 Aku layan balik PARANORMAL ACTIVITY ni dari episod pertama dan ape yang aku boleh katakan adalah, nombor 1 dan 2 menarik tetapi masuk ke3 dan 4 amatlah membosankan.

Satu cerita dari jepun.

No komen.


 Yang ni lebih kepada vampire hisap darah.

Cerita Thailand, genre lebih kepada Komedi.

TWO MOON dari korea. (exctely yang ni dalam waiting list..hikhik)

Sekarang aku tengah menunggu peluang untuk tengok INSSIDIOUS 2 yang tengah hangat di pawagam sekarang ni tetapi belum berkesempatan lagi. 


So buat para pembaca sekalian,jangan lupa tonton cerita ni .Pastikan anda sorang-sorang di tengah malam. Jangan lupa intai bawah katil  atau tutup tingkap bilik anda sebelum tidur.

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...mis..teee..riiiiiiii...
adios amigos,

Sunday, October 20, 2013

Penipuan Produk Kecantikan

Salam 1 Malaysia..

Hari ini, aku sangat berbesar hati untuk berkongsi satu kisah penipuan produk kecantikan yang mana berlaku dekat aku sendiri. Ok sebelum semua agent-agent produk kecantikan  marah aku , ingin aku perjelaskan produk yang aku maksudkan adelah LWM.

So mesti korang semua tertanya-tanya apekah sebenarnya LWM yang aku cuba luakan disini bukan. Takpe, yang penting korang baca dahulu petikan cerita ini....

Sumber: Facebook
Mangsa: Unknown

PETIKAN PERKONGSIAN PENGALAMAN BAGAIMANA NEW YORK SKIN SOLUTION MENIPU.

"..Nak story sket pengalaman temankan my younger sis pegi New York Skincare Solution (NYSS).My lil sis, Nurul gatal tangan sms ke NYSS for free facial trial and free travel kit. So one of NYSS's staff called her and after some chit chatting and after Nurul confirmed with her that there will be no hidden charges or she doesn't have to sign up with any of the packages, that fella sets an appointment for her last friday at NYSS Mid Valley Megamall.

So here goes, when we arrived there around 1 pm, her name wasn't in the appointment list. So that's fine with us as it was a free facial. Owh...lupa nak bagitau, masa tgh tunggu nak fill up forms tu Nurul bagtau yang dia tu student. We realized that staff dkt situ semua buat muka tak puas hati bila dengar she is a student. Berbalik pada cerita tadi. After she fill up the forms and so on and after we were given some explanation which I can assure you semua tu tipu belaka, the FREE FACIAL treatment started. I thought kalau service dia bagus, I myself pun nak sign up for the treatment. Maklumla NYSS kan masuk paper, tv commercials and so on...

As I were waiting for her to finish, aku tengok, bagus la everybody yang dtg for free treatment semua sign up for the package. Aku pun macam kagum, mesti bagus treatment and service dia. Lepas kagum2 tu dan lepas jln2 kat dlm MV, Nurul pun call bagitau dah siap treatment. So aku pun pegi la. Dia cakap best jugakla facial sebab dia pun mmg x penah buat facial, so pada dia dah best gile la. Sementara tunggu turn utk discan balik muka dia tu, aku bisik2 la kat Nurul, gile la semua consultant dia bila keluar je dari dari consultation room mesti bwk keluar duit at leats pun RM 50. Yang kitorg ni takde plan pun nak amek package apa2 coz kitorg bwk RM 50 je that day. Bila sampai turn kitorg je dia pun scan muka adik aku balik which I know semua tu tipu gak. Bagi penerangan apa ke jadah semua dan bagitau harga package dia which RM 280 per session! My sister needs 20 sessions to make her face looks beautiful.... Wahhhhh...cuba you guy darabkan RM 280 dgn 20 session. Lepas tu ckpla yg mereka akan bagi mask free which cost RM 90, ultrasound free worth RM 50 and so on sampai ckp 1 treatment sebenarnya berharga RM 500! Tapi kalau sign up sekarang RM 280 je. Padahal benda2 yg dia ckp tu dah masuk dalam RM 280 tu je.

RM 280 x 20 = RM 5 600

Dia minta half for the deposit

RM 5 600 / 2 = RM 2 800

Kitorg ckp la too expensive lagipun Nurul student lagi. So let her discuss with our mum first before we sign up. Consultant tu pun bagi lagi satu package for 10 sessions.

RM 280 x 10 = RM 2 800

Deposit half of it

RM 2 800 / 2 = RM 1 400

Kitorg still refuse to sign up. Sebab kitorg takde duit masa tu! Dia pun panggil la sorg lagi consultant, she introduced herself as CARMEN. Dia pok pek pok pek dgn kitorg. Aku pun dah rasa tak selesa coz tgh marah sgt. Aku takut la bleeding sebab dulu penah sekali aku marah org sampai kuar darah. All I care now is to get out of there. Sebab aku betul2 tak puas hati dgn service yang PAKSA - PAKSA org ni. Carmen tu bagi pakej utk 5 session pulak.

RM 280 x 5 = RM 1 400

Deposit half

RM 1 400/2 = RM 700

Kitorg refuse lagi. I stressed out to them let Nurul discuss with our mum first! And then ckp dkt sini kitorg ada rules & regulations. Semua customer who come for free trial MUST sign up for their package! Nurul cakap, your consultant tak cakap pun masa telefon because she already asked about that! Aku lagi angin bila dengar. Aku cakap kitorg x nak sign up apa2 pun. ThenCARMEN tu keluar, masuk sorg lagi. Tak reti nak introduce diri sendiri terus attack my sis and I. She said something like this,

"Siapa yang buat facial tadi? You?" she pointed at me. Aku geleng and ponited to Nurul. She said " You?" Nurul angguk. " Then I will talk to you only. I won't talk to you. You can keep quiet" sambil tangan dia suruh aku diam. Kurang ajar punya org. Dia pok pek pok pek to my sis and reduce the package to 3 session dengan home product which kitorg tau yg dia akan suruh tambah lagi session and pay another price for the product sooner or later. Talking about tactics...

RM 280 x 3 = RM 840

Half of it

RM 840 / 2 = RM 420

Kitorg still refuse sebab kitorg memang TAK NAK! Plus TAK ADA DUIT! My sis cakap kalau bayar monthly maybe dia mampu but with the unreasonable price memang dia tau dia tak mampu. Sekali treatment pun tak mampu. Elaun dia belajar RM 600 sebulan sebab dia nursing student, buku2 lagi and ada few lagi yuran2 nak kena bayar end of this month lagi. She explained to them. And then boleh minah tu cakap, "You pakai akaun apa?" "Maybank" Nurul answered."Then kita boleh deduct from account for deposit". Nurul cakap dalam akaun dia ada RM 50 je. Minah Cina tu ckp "You bayar RM 50 dulu la. Lepas tu you discuss dgn mama you, bayar balance la. You cakap dgn I you ingat your mama akan bagi you buat treatment ka dgn harga mcm ni. I guarantee la your mom takkan bagi". Celaka.

Ini boleh mendatangkan marah. RM 50 adik aku tu pun dia nak kebas.

Aku cakap "kitorg tak minat nak ambil package you. Plus kalau I ada duit skrg ni pun. I won't pay for her here. I rather pay for her at DermaGenesis or Klinik Ayu Jelita. I have experiance pegi buat face and body treatment. You name it. TCA, Pixel, MDB, Lipo semua I pernah try before I got married".

"arent you bayar ke abg you yg bayar? Kalau pernah buat kenapa muka you tak cantik? Kenapa badan you gemuk?" she said.

Aku balas balik "This is because I'm pregnant!".

Dgn sinisnya dia cakap "You pregnant before you kawin?".

Aku balas "Don't be ridiculous. Of course I'm married. I gemuk because I'm pregnant. I look like this because I'm pregnant. I've got pimples because of my hormones. Everything I buat before I got married. For the wedding. I pergi 2 tempat tu, consultant sana beri masa utk discuss with parent and to think about it. And guess what my parent agreed. So I don't think my parent are so typical about this. Plus the price lebih reasonable and result guaranteed. Dengan you setakat facial treatment, sampai RM 50 pun nak kebas".

Masa tu aku dah pegang perut coz it hurts a little bit. Minah cina tu tanya lagi "You pegi mana?". " DermaGenesis and Ayu Jelita" I replied. Dia tak mau mengalah jugak "Then why don't you bring her there?" " I will. I like the service + the treatment. Kat sana takde PAKSA - PAKSA punye service. Affordable". Dia senyap. "Okay la. you balik discuss wth your mama. Esok you datang bawa your mama. I bagi your mama free facial. Tapi your mom je. Your sister tak boleh" she pointed at me again!

"Okay" my sis replied walaupun dalam hati dah berjanji takkan jejakkan kaki kat dalam New York Skincare Solution lagi. Dengan penuh sakit hati aku berkata dalam hati "I wouldn't recommend you to my friends. Your service sucks!" Kitorg keluar dari premis dia dgn tangan kosong. Mana ada dapat free travel kit tu. Penipu! Walaupun kitorg tau, kitorg MESTI kena kutuk dengan diorg. We don't care. At least kitorg boleh sebarkan kat org lain mcm mana diorg ni menipu pelanggan."

Originality Boleh klik disini : Original Text

Ok sekarang berbalik kepada cerita aku.

Suatu hari pada penghujung tahun 2011 aku menemani kawanku yang berbadan agak gempal si A ke LWM - London Weight Management. Walaupun aku tidak setuju dengan keputusan dia tetapi buat ape aku nak kisah jika duit tu duit dia kan. Haha.

Lagipun menurutnya, sebenarnya dia sudah sign up pakej LWM tetapi dah lama tak pergi dan miss dia punya sesi treatment. Bertempat di satu shopping mall dekat Subang Jaya, sampai je depan kedai LWM kawan aku ni buat hal la plak xnak masuk. Ape ke senget dah sampai xnak masuk plak.

So aku pun heret la A masuk sebab aku fikir dia dah bayar deposit haritu 1000++ so rugilah kan. Masuk-masuk je kami diasingkan sebab dia dah ade coach dia. Asalnya hajat aku nak keluar la dah kawan aku dah jumpa coach dia, eh sekali minah yang entertain kami pada awalnya pujuk aku tuk try jugak, kebetulan aku bersama seorang lagi kawanku yang badannya memang berisi dari A iaitu B.

Maka kami berdua terpaksa la tadah telinga dengar explanation dia, si kawan aku B mula la lembut hati, ha nampak tak permainan diorang ni tunjuk la konon-kononnya testimoni orang yg sudah berjaya maka kaburlah mata si B ni dan excited la dia nak try 1st yang free tu.

Aku tetap keras hati xnak cuba, tapi dah bosan kene pasal dan atas dasar aku pegang yang "1st trial is free" maka aku pun setuju la nak try sebab pada pandangan aku free je pun ape nak kecoh kan tapi banyak kali aku ulang ayat ni "confirm free ni sebab saya xde duit ni" sebelum masuk ke ruangan rawatan dia.

Lagi satu sebab bila kawan aku si B pun turut sama pujuk sebab nak temankan dia try sekali. Maka bermula la rawatan dia... Mandi wap, sapu herba pahtu kene wrap ngan plastik berpeluh-peluh aku dan bla..bla..bla..dan akhirnya siap la.

Andaian aku kawan aku si B pun try jugak sekali dia cakap coach dia nasihatkan tuk terus pergi sesi sebab kalu dah try yang fri ni rugi la nanti hilang 1 sesi rawatan sebab yang free ni just dapat sikit rawatan berbanding yang betul.

Ha nampak tak permainan dan sandiwara diorang ni , so kalu korang dah pergi yang 1st trial tu yang kononnya percuma tu t korang akan rugi 1 full treatment yang betul. Aku pun menyampah la sebab aku sorang je yang ntah pape duduk dalam tu lama2.

Dah settle nak blah aku kene tahan, si minah Chinese yang buat rawatan kat aku tu mitak aku sign up. So aku dengan tegas ulang ayat ni "1st trial is free kan lagipun saya xde duit" tapi dia tetap paksa-paksa aku katanya aku boleh bayar deposit dahulu separuh harga. Aku mcam biasa still tetap xnak join benda alah tu dan minah tu still pujuk-pujuk aku sambil tunjuk testimoni-testimoni pelanggan diorang.

Sampai satu tahap dia tanya aku .. 
"U ad bawak kad atm x?" 
"Ada"
"Kami boleh potong dari u punye akaun"
"Tapi saya xde duit"
"Its ok, kita potong dulu brapa yang u ada then nanti u bank in , kita potong lagi"
Dalam hati aku kepala hotak pak ko..sesuka hati je nak potong duit orang mcam tu then aku pun perah idea nak blah, then aku terfikir yang kad CIMB aku ade RM10++ je,,..haahahah..hamik la ko nak potong sangat .

Aku terus keluarkan kad aku, then die scan..mungkin xpuas hati dengan balance aku ada, dia scan lagi sekali. Then bila dah sah aku memang xde duit dalam akaun tu, minah tu mula marah dan maki dalam bahasa Mandarin. aku cuma boleh tangkap dia cakap "macam ni punya orang (merujuk kt aku) pun ada, gila... dah try xnak bayar"

Aku juz buat muka seposen sambil pandang dia marah-marah then dalam hati aku terdetik "Sial punye minah, ada aku kisah?"

Hahahaha... So buat korang semua para pembaca, jangan cepat percaya pada benda yang percuma.
adios amigos,

Monday, October 14, 2013

Ku Akui

Assalamualaikum semua, sempena malam raya ni...aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha aka Raya Haji aka Raya Qurban dan kepada sesiapa yang tak dapat pulang beraya tu jangan sesedih ye, sebab kita serupa...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Walaupun esok aku cuti tetapi apelah gunenye kan kalu setakat sehari, nak balik kampung pun dah makan mase 8jam..pergi balik mau 16 jam. So aku memilih untuk bertapa saje di perantauan ini.

Ok...actually aku yang berlagak,boss da bagi 2 hari cuti tapi taknak kononnye nak bodek boss la kan..nak tunjuk rajin bekerja..hahaa...nasib la kau temah sengsorang beraya esok. Orang makan daging kurban ko makan maggi cap daging.
peace sy buat lawak je

So nak dijadikan cerita lately ni memang aku tetiba jadi WORKAHOLIC , dah kenapa pun xtau, tu yang tak rase nak cuti tu.

Lagi satu dah buang tebiat duk baca MAJALAH PENGANTIN...




erk.. dah matang rupenye aku. Kalau dulu selalu je aku perhati kan maksu aku duk baca dan kumpul majalah ni. Aku pulak tumpang jugak la sekaki tapi just untuk tengok gambar sebab aku betul-betul tak suke membaca. Oleh sebab itu jugak la aku ambil jurusan yang tak perlu sangat membaca iaitu FIZIK...

Point? Saje nak bagitau..Haha..

Now aku mempunyai perasaan untuk membaca buku itu apetah lagi beli.. OH.,.TIDAK... nampak tak permainan hati dan perasaan kat situ.

Oleh sebab bermain dengan perasaan jugalah aku tengah melayan lagu Hafiz..Ku Akui..


Psstttt: Haritu aku jumpa mamat ni dekat Jusco.. Dikelilingi bodyguard yang auw2...Comey dan hensem jugak la kot... Krik..Krik... Ok..abaikan je part tu.

So dekat sini aku memang nak akui yang aku sebenarnya bukan peminat dia pun so aku tak ade la perasaan excited mahupun tergedik2 menjerit name die mase tu apetah lagi nak mintak sign or bergambar sekali.

Ikhlas tu mengaku..Lepas ni mintak2 tak ade la hard fan HAFIZ datang serang aku...Aku taknak jadi femes macam Budak Kapel Seminggu mahupun budak2 yang ntah pape upload video ntah pape tu apetah lagi jadi macam Bini Matyo...opss...Hahahahhaa....

Tapi...ada tapinya... suara Hafiz memang mantap so aku suka la lagu die berbanding lagu cintan cintun yang lain yang....ok...emm..yang ok...(tak sampai hati aku nak cakap.)

Itulah sedikit sebanyak komen aku sebagai juri yang tak berapa nak profesionalisme.

adios amigos,

Saturday, September 28, 2013

suwittttttttttttt

"When the day already past..juz now u will feels regret.
But when u on it..u just hate that day".

Quote for today


Selamat pagi semua...bagi yang dah bangun mandi2,solat subuh then tak sambung tido tu bagus2....
Bagi yang baru tergeliat2 tu..uhhh....no comment...

Just like that day...that morning when its change everything in my life...

Indeed macam biasa time2 macam ni masih tergolek2...well weekend maa,...semua kemalasan mula menular ke dalam diri menjadi barah....

Oh malasnya even untuk bukak mata. Still macam manusia-manusia lain, 1st thing bila dah bukak mata mesti meraba cari hanphone...walaupun dulu masa tadika cikgu ajar bangun pagi gosok gigi.

Sekarang trend dah berubah, budak2 umur 3 4 tahun pun dah reti bukak2 je mata menangis. Ingatkan nak susu rupanya nak tablet, ipad dan sebagainya,..UHHH untung ko nak..aunty dulu mana nak ada benda alah macam tu.

Bila tersengih tengok skrin handphone mesti sebab balak anta SMS. Walaupun SMS tu hanya berbunyi 'Hi'..

Gile ape baru 'Hi' da tersengih2 kalu die cakap 'saya sayang awak tau' mau melompat2 tu..hahahaha...

Then mula la berangan kan best kalau dapat kapel ngan dia ..ok...macam la die tu hot stuff sgt kan...tapi still dia comel sangat...

Tengah berangan2 then handphone bunyik lagi. Kali ni SMS berbunyi 'lagi 1/2jam saya sampai' ...

Ha?? 1/2 jam....apa lagi terus melompat turun katil then masa tu baru sedar jam menunjukkan pukul 11.30 pagi....ok..Jangan Tiru Aksi Ni.

Kuss semangat nasib la sempat mandi dan bersiap sebelum dia sampai...Kalau tak mau jatuh saham aku. Karang tak pasal2 terus kene reject.. Ahak...

Bila da dpt SMS mengatkan dia da sampai kat bawah blok aku. Terus aku lari-lari turun, bila dah nampak batang hidung dia terus control jalan.

Korang tak payah nak comment macam2 la..macam x penah buat..Bila dah suka kat sorang tu mesti nak nampak perfect je kat mata dia.

Then kami bertentang mata, walaupun dia specky tapi still comey bagi aku. Tetiba dia hulurkan satu bungkusan, rupanya dia tapaukan aku nasi dari rumah dia...

Olololo...suwitttttttttttnye.... 'pandai awak amik hati saya kan' ..

Siap cerita yang dia tapau nyorok2 takot mak die banyak tanya...hahahhaa.....

Even dat dish just a simple dish but still i remember dat taste untill today..

And yet i miss that moment.

I wish u all the best eventhough i dont noe where are you rite now. Mungkin awak tengah mandikan anak awak time ni..or maybe jgk awak tengah bersayang-syg dengan wife awak..paling x pun awak tengah bersiap tuk keluar jalan-jalan dengan kekasih awak.

Atau paling sedih bila awak pun still tak bangun tidur..






adios amigos,

Sunday, September 22, 2013

bengang

Sumpah aku bengang tahu ape itu bengang? B.E.N.G.A.N.G yg membawa maksud marah,sakit hati dan menyampah.. balik penat-penat...tangak barang semua kene campak..sape xbengang...barang dalam bilik pun die nak usik...

Masuk harini genap la 3minggu aku duk umah sewa ni ha...mula-mula masuk,...terkaku jap sebb xde kipas...memang siot la...sepatah pun xckp xde kipas...sedangkan bila mula2 tanya ..blablabla....ckp sume ade...tanye lain hari plak...mula la ni xde..tu xde...

Ok xpe..salah aku..sebab aku main redah je amik rumah ni...xpegi tgk dulu..

A BIG MISTAKE THERE..

So aku nk pesan la kt semua org yg nk cari rumah sewa...g la tgk rumah tu dulu..iklan die leh cakap macam2..pegi tgk..hampeh..bak kate pepatah INDAH KHABAR DARI SURATKHABAR.. even kalu pegi tgk pun silalah cek btol2...sinki die tersumbat ke tidak... paip air tu keluar air x... penah dah kena dulu..tp tula kan org kate xreti amik pengajaran..haha..

Ok..actually aku urgent nk rumah..so rembat jela...

Alkisahnye..dah la kipas xde...bilik kecik share plak dua orang.. sewa rm120..ok la not bad area kl kan.. tup2 cakap nk naik sewa...so aku pun tanye la akak tu mcm2... kenape peti ais rosak..bile nk baiki..knape xgtau kipas xde.. sms jela..xdenye nk kol...tp sepatah pun die xreply..ok xpe...

Aku beli la kipas..bru 2 hari beb..tup2 hari ni die dtg pasang kipas...sepatah pun xckp nk dtg...sape xbengang..kalu baru je beli kipas...aku leh terima lagi xrugi pun kipas..leh bawak blik kampung..wlpn melayang rm100 kt situ..

Then leh plak arah itu ini..larang itu ini..xleh letk kasut kt sini..xleh sgkut bju kt cini...aku rase nk lempang je di.. "hello kak...sy penah je duduk kondo..xde mcm ni pun kak...asal akak berlagak sgt?"

FLAT JE PUN....

Yang aku peliknye..die bukan duduk kt sini pun..yet...kenape die nk kisah sgkut bju kt mane..normal la...flat kot..ko sumbat rmai2 dlm rumah ni..then ko nk ruang tamu ko sebersih-bersihnye...dah la bilik kecik....mane nk sumbt brg2 ni semua...bdk yg tidur kt luar..dgn tilamnye...dgn brg dienye..ko x sound plak....

Dulu aku penah duduk shah alam...bila akak tu dtg nk baiki ape yg rosak...aku pulak yg segan sebab rumah bersepah wlpn bukan barang aku..tapi ok je..akak tu siap cakap "xpe mira..akak dulu pun duk rumah sewa..ala normal la sepah2 sikit..asal korang boleh hidup dalam ni dah"

So yang buat aku hairan..apesal akak owner kali ni cerewet nak mampus...bukan die duduk sini pun...speechless sebab bukan sepah ape pun...just gantung bju bawah kipas nk bagi kering memandangkan ampaian kecik nak mampus..and ade ramai manusia yang menetap kt sini yang tunggu turn tuk sidai baju diorang..

Nampak x kt situ..akak ni xde common sense...



adios amigos,

Sunday, September 15, 2013

PELUPA

selamat hari malaysia....kami ucapkan kepada semua..mitak mak nasi sepinggan saya mau makan kerna perut lapa.... (ikut rentak selamat hari raya) ..


So SELAMAT HARI MALAYSIAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...
Hikhik...setelah lame xberupdate... harini aku bajet rajin bangun awal walaupun memang dah sah lg pengesahan yg harini cuti..padahal sebb aku lapa gile...so turun la g tapau..memandgkan smlm aku xmkn nasi hanya makan cococrunch habis sekotak...

Nasi lemak n bihun goreng done!! niat dihati tuk lunch sekali..tp rasenye x smpai pukul 10pg kompem habis,....dan pakcik nasi lemak tu seakan mengerti je yang aku tgh kebulur..so dia campurkan sekali mee kuning walaupun hanya seurat dua...terima kasih pakcik...haha

dan sebenarnya aku dah lupa nak share pasal ape..aiseh....

adios amigos,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...