- bakteria (jenis haemophilus)
- jangkitan virus(berserta selsema)
- bendasing
penggunaan pencuci muka syampu atau sabun yg berlebihan sehingga termasuk kedlm mata
bulu mata yg terjatuh kedlm mata
serangga kecik yg tersesat masuk kedlm mata
habuk
- tangan yg tercemar
- bulu mata palsu
- alat kosmetik yg tamat tempoh
- penggunaan kanta sentuh yg tidak bersesuaian atau pemakaian yg lama
- gatal
- pedih
- mata kemerahan
- sakit
- rasa ade sesuatu didlm mata(berpasir)
- kabur penglihatan
sedikit info:
Sakit mata tanpa kemerahan adalah mempunyai sebab yang berbeza-beza mengikut keadaan. Diagnosis yang tepat biasanya dapat diberi melalui penilaian klinikal yang teliti. Di antara penyebab-penyebab sakit mata termasuklah luka pada lapisan kornea.
Kornea adalah merupakan lapisan mata yang berada di luar sekali. Kornea jernih, dan mempunyai permukaan yang berbentuk kubah yang menutupi bahagian hadapan mata dan kornea membantu memfokuskan cahaya ke atas retina.
Oleh kerana kornea adalah lapisan yang paling luar, maka kornea biasanya mudah tercedera akibat benda asing yang masuk ke dalam mata yang menyebabkan sakit mata. Kecederaan pada kornea kebiasaanya berlaku akibat daripada kemalangan pada waktu bekerja contohnya serpihan kayu atau besi yang termasuk ke dalam mata, atau kekotoran yang terkena semasa memotong rumput.
Kecederaan kornea yang menyebabkan sakit mata juga boleh terjadi semasa kecederaan sukan (jari yang tercucuk mata), atau serpihan kaca yang masuk ke mata ketika berlaku kemalangan jalanraya. Walaubagaimanapun ia terjadi, kecederaan kornea akan menyebabkansakit mata dan menjejaskan penglihatan.
Kornea yang luka boleh menyebabkan keadaan sakit mata teruk. Kebiasaanya, mereka yang mengalami kecederaan begini begitu sensitif pada cahaya (fotofobia) dan ini menyebabkan air mata keluar berlebihan.
Luka di bahagian kornea memerlukan rawatan rapi. Apabila kornea terluka, ini bermakna tiada lagi lapisan melindungi mata dan ini akan memudahkan jangkitan kuman berlaku.
Lapisan kornea boleh untuk kembali semula jika masalah kecederaan tersebut sedikit. Bagaimanapun, sekiranya luka tersebut adalah lebih dalam, proses untuk pemulihan akan mengambil masa yang lebih panjang. Selepas pemeriksaan teliti, doktor berkemungkinan akan memberi antibiotik untuk menghalang sebarang jangkitan dan penutup mata mungkin digunakan untuk mengurangkan stress dan sensitiviti kepada cahaya.
Luka dalam boleh menyebabkan kornea berparut, menjadi berkabut dan boleh menyebabkan penglihatan terjejas teruk. Dalam kes ini, mungkin terdapat keperluan untuk dilakukan pembedahan kornea atau pemindahan kornea.
Pencegahan bagaimanapun merupakan kunci utama untuk mengelakkan penyakit mata. Selalulah untuk menggunakan gogel pelindung dalam situasi kerja yang bahaya dimana habuk-habuk yang berterbangan boleh memasuki mat
sayangilah mata anda..sesungguhnya mata itu anugerah ilahi yg tak ternilai....
No comments:
Post a Comment