Ha..korang la yang mana mengaku ladies tu aku tujukan entry kali tuk korang. Ini bukanlah lirik lagu ROSSA tu ..ala yang macam ni
Sudah kubilang jangan terlalu yakin Mulut lelaki banyak juga tak jujur Bila sakit hati wanita bisanya nangis
Akan tetapi memang ada benarnya bak lirik di atas memang lelaki ramai yang tak jujur tapi tak perlu untuk kita menduakan mereka... arghhh..pedulikan mereka tu yang telah curangi anda, cari je yang lain NOKHTAH
euww pakcik...
HEY LADIES..dengar sini ye seseorang lelaki yang bermadah puisi dengan anda, memanggil anda dengan panggilan2 manja tidak bermakna mereka benar2 ikhlas dengan anda dan benar2 sayangkan anda.
Begitu juga dengan mereka yang anda telah kenal lama sebagai kawan mahupun kekasih hati. Yang anda fikir "OH!! HE IS THE ONE FOR ME" .
Tidak kurang mereka yang senantiasa menghadiahkan anda bermacam2 hadiah. Percayalah itu hanyalah taktik sahaja.
Termaksudlah mereka yang membawa anda berjumpa dengan kedua orang tuanya. Memperkenalkan anda sebagai pilihan hatinya mahupun sebagai menantu atau yang seangkatan dengannya.
Habis kalau semua tak ikhlas, macam mane nak tahu mereka ikhlas dan benar2 maksudkan I LOVE U and YOU ARE MY FUTURE WIFE, MOM TO MY FUTURE KIDS.
Hanya apabila seorang lelaki itu pergi berjumpa kedua orang tua anda dan meminta izin atau restu mereka barulah ikhlas dan benar2 sukakan, sayangkan anda.
INGATLAH
Lelaki yang mudah mengucapkan sayang itu lagi perlu anda berwaspada kerana dia senang untuk mengucapkan kata2 azimat itu kepada sesiapa pun.
Lelaki yang membawa anda berjumpa kedua orang tuanya mungkin hanya taktik untuk menutup mulut kedua ibubapanye mengenai perkahwinan. Mungkin jugak disebabkan kedua ibubapanya yang tak kisah (well ..nowadays parent). Tak mustahil untuk mereka membawa gadis lain jugak.
Lelaki yang suka menghadiahkan anda hadiah lebih kepada memenangi hati anda. Tak kurang untuk menguji kepisau cukuran anda. Dan tak mustahil untuk mereka menggunakan alasan ini sebagai tanda kecintaan mereka terhadap anda.
So please...
DONT EVER PUT YOUR TRUST HUNDRED % TO THEM UNTILL THEY'RE GOING TO MEET & GREET YOUR PARENTS OKAI???
BUAT LELAKI SIAPA YANG MAKAN AIS DIE YANG SENGAL...
Termenung punyer menung, terngiang-ngiang plak suara mak aku..katanya "bila nak cukup?" maksudnya bila nak cukup duit tuk berumah tangga ler..hikhik..
Bunyi macam xmengancam langsung kan tp inilah ayat yang
selalu mak aku utarakan bila aku balik rumah...mesti sume manusia akan pelik
ngan soalan ni..tp aku..yg dah lali ngan soalan ni..ia merupakan ayat ganti kpd "bila nak kawin?"
Semenjak dari dulu lagi yakni habis blaja...dlm erti kate
lain...keluar je dewan tuk last paper final exam..terus mak pesan.."kumpul duit
awal2..t senang jupe calon trus kawin..xyah nk tunang lame2.." wakakkaa..
Bernas jugak idea mak aku ni..berbanding ngan ayat bila nak kawin ayat ni lagi dramatik..tp percayalah bila mana
mak anda bertanyakan bila nak cukup duit...maksudnye xlain x bukan..bila nak
kawin la tuh..so kurang la sikit stress korang...wahahahaha....
Setiap hari ruangan kosong facebook dipenuhi dgn pertukaran
satus..dr single ke engage la..engage ke married la...xtermasuk dgn gmbr2 yg
diupload tuk tatapan kwn2,..sedara jauh yg xdpt hadir ke majlis kawin diorg...or
saje nk kecoh sebab baju lawa...majlis gempak.. hahaha
Aku yakin dan percaya ramai yang akan gelabah memikirkan
rakan sebaya yg ramai dah jupe jodoh masing2..aku juga...sedikit sebyk
merasainya tp xbermakna aku rase tercabar...jauh sekali untuk merasa
cemburu..
Memikirkan tidak smpai sebulan lagi untuk kita menganjak ke tahun
baru..yakni symbol penambahan umur secara logiknya..menambahkan lagi rasa itu..
Omega 3...dah nak masuk 24...xpe2...we’re still young..(ayat penyedap)..heh..
Haish..jangan fikir bile someone tu nak kawin die gersang
..no..no..no...salah tu..sebb sume org mempunyai cita2 untuk mempunyai keluarga
sendri..tuk bercinta dan dicintai secara sah..rite?
Bercakap soal kawin muda..tak dinafikan sekrg fenomena ni
dah kembali ke zaman atuk nenek kita kan...kalu dulu2..normal bilamana seseorg
tu dah akil baligh n pas sijil rumah tangga maka akan berkahwin la die...mungkin
disebbkan mentality dahulukala perempuan hanya layak utk berada dirumah..dlm
erti kata lain kt dapurla..
kononnye la kan...pahtu xsampai seminggu cerai..tsk..tsk..
Berlainan skrg..wanita dah boleh keluar mencari
rezeki...malah menjadi bos2 atau ketua2 sesebuah pekerjaan itu sendiri..mungkin
jua kerana pangkatnya..mereka mendpt jodoh yg lambat...tp bukan ini yg ingin
kupersoalkan..
Kawin muda..ya...ramai setuju ramai jgk yg menolak...Benar byk kebaikannya, namun xlepas juga keburukannya dan
masing2 mempunyai pendapat masing2.
Bagi aku..kalu kau mampu untuk menggalas tggjwb,mampu
mencari rezeki untuk menyara..xsalah utk kamu kawin awal..krn kamu boleh
mengelakkan maksiat..btol kan?
Tp xkurang juga yg kawin hanya kerana suka2..tgk org
kawin..nak kawin..padahal masak air pom xreti...ape cer? Yang penting tepuk dada tanye diri sendiri..benar jodoh itu
ketentuan Allah swt tetapi tetap kene berusaha dan jika usaha itu tidak
berjaya percayalah ada lagi baik untukkmu...
untuk bakal calon merangkak husband to be gua la
Bukan nak melatah, cuma berkongsi rasa dan
pendapat..walaweh...semoga korunk bahagia hendaknya...nah doa yang boleh korunk amalkan tuk cptkan jodoh korunk
boleh jgk mengamalkan ayat-ayat ini…
1) surah syura ayat 19
Maksudnya:
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta
melimpah-limpah Kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya Ia memberi
rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah
ditetapkan) dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
2) Surah Yusuf ayat 4
Maksudnya:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada
ayahnya,”Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang,
matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”
3) Surah Toha ayat 39
Maksudnya:
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu
kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”
4) Surah ali-imran ayat 31
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika
benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu
serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.
5) Ayat 1000 dinar
Maksudnya:
Barangsiapa bertakwa kepada Allah,
nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki
kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa
yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah
melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah
telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu
Assalamualaikum pembuka bicara,semoga kalian semua sihat dan berazam baru sempena tahun baru..hijrah itu penting..
Lama menyepi dari dunia blogging bukan kerana ketandusan idea, mungkin kekangan waktu yang menghimpit.
Aku hanyalah insan yang kerdil, menjadi mangsa percaturan duniawi. Jika benar ini dugaan dan ujian bagiku, aku redha, tidak juga aku merungut. Ku hanya mahu meluahkan rasa hatiku yang setenang permukaan lautan tetapi bergelora didasarnya.
Cepat benar hatiku terusik, saat itu butiran kaca yang jernih jatuh menghempas hasil luahan rasa yang sungguh menyakitkan. Saat ku keseorangan, sepi jua membalut hatiku namun aku yakin Dia sentiasa ada. Namun jauh disuatu sudut, butiran kaca itu masih menjadi teman karibku . Disebalik ketenangan air mukaku, ada sirna yang cuba kusembunyikan.
Saat ini aku ingin bangkit, tetapi aku tidak setabah yang aku sangkakan. Hanya tangan kerdil ini yang mampu menadah menghadap yang Esa. Tidak pernah aku mengalah tetapi tipu benar jika aku tidak pernah tersasar.
Hasad dengki yang kau semaikan dijiwamu, menyemarakkan sorakan syaitan. Tatkala kau mendampingi makhluk durjana itu, aku hanya mampu berdoa untukkmu. Tidak pula timbul sekelumit dendamku terhadapmu. Aku ingin sekali melihatmu, mendengar alasanmu dan memaafkanmu walaupun sukar.
Terima kasih padamu jua, kerana engkau menguatkan aku, menyedarkan aku dari lena panjangku. Benar aku bukanlah diriku lagi, namun aku tekad mencarinya kembali.
Maafkan aku jika aku yang bersalah, jika puncanya aku engkau tersasar sedemikian rupa hanya ucapan maaf mampu kuhadiahkan.
Puaskah hatimu kini? Dia yang kau dambakan tetapi aku kau sisihkan. Duhai temanku, doaku selalu mengiringimu.
Manusia ni macam2..dengki sikit mula la nk buat sumting kt orang yg didengkikan tu. Nak2 orang melayu suke benar la nak dengki2 ni...ish2...
Kisah aku pula lebih kurang bunyinya, jika sebelum ini aku was2 akan hal ni..sekarang sudah sah ada seseorang dikalangan kawanku yang tidak berpuas hati kat aku atau dalam erti kata lain dengki la tu .
Jika mggu lepas,banyak perkara pelik jadi kt aku antaranya..hampir setiap pagi akan ade kesan cakaran ditangan ku...selalu aku mendengar bunyi yg pelik tp aku hanya berfikiran +ve..mungkin kucing..angin dll...xkurang jgk badanku kene urut ala2 kerusi urut rest n go tu..
Lagi memilikkan apabila aku kerumah seorg shbtku dimana rumahnya telah dipagar, ttp dtg je aku kt rumh die ptg tu jgk die kene...memang aku dah sedia maklum akan keadaan die yg menderita akibat buatan org..mcm2 gangguan yg dihadapinya dan yg paling teruk benda tersebut memakan isi perutnya..jadi sementahlah die berubat dan rumhnya dipagar hidupnya aman sehinggalah kedtgn aku pd hari tersebut..
nasib la ko burung..jadi hantu
Setelah hal ini terjadi barulah aku mendpt tahu bahawa ad seorg dua shbtku yang turut diganggu ketika bersama dgnku..antaranya mereka mendengar hembusan org bernafas dicuping telinga mereka...
Namun setelah 2hari yg lepas aku dapat tido dgn lena,sehinggalah semalam kejadian ni berulang lagi.
Dalam pukul 8 mlm..aku bertolak dari puchong tuk pulang ke bangi..masuk je area bangi, tetibe aku terhidu bau wangi yang teramat kuat..baunya semcm bau kologen ataupun perfume yang dipakai wanita..so aku pelik...ku bertanya pada kawanku...masing2 pelik dengan bau yang tiba2 itu...
gambar hiasan
Lepas 2minit bau tersebut hilang...dan tak semena2 aku merasakan ada sesuatu di tempt duduk belakang tetapi tidak ku endahkan...sehinggalah die mengacau aku...ditekannya belakang aku...
"ish kaco btol la" aku bermonolog
Sampai je dibilik aku nekad tuk menceritakan perkara ni kt parents aku dan kebetulan aku memang mempunyai sorg pkcik yg pandai bab2 ni..
Aku juz nak tahu betol ke ade benda yg ikut aku..dan menurut pakcik memang betol ade seseorg telah menghantar sesuatu kpdku tetapi tidak la teruk dan orang itu aku kenal yakni merangkak kawan aku sendri la...
So persoalannya sekarang ini siapakah dia yg tegar sunggh melakukan hal sedemikian..apelah yang nak didengkikan sgt dgn aku ni??? pelik???
Ape yg aku alami tak seteruk mana sebbnye benda tu baru lagi...namun jika dibiarkan mungkin akan jd teruk..so sesame la kite lindungi diri kite..
Assalamualaikum...
Ha..jangan marah..jangan..
Jangan cepat melatah..
Orang omputih cakap.. dont judge the book by it cover..
Ha..kenape? kenape? nampak kurang hajar je tajuk entri aku kali ni kan tapi jangan cepat berburuk sangka...
Baca dulu sampai habis dan baru boleh anda semua adili okeh...
********
Kisah menarik seorang pemuda yang berjumpa bakal mertua kerana ingin menikah dengan wanita pilihannya sehinggakan keluar soalan “Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik.”
Oh sebelum tu dalam cerita ni kononnya si kapel ni nak keluar dating. Sebolehnya kita jangan dating-dating ni. Islam tak galakkan. Apa pun cerita ini sekadar tauladan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga bermanfaat!
Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya…
Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.
Teruna: Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.
Teruna : Assalamualaikum.
Bapa Gadis: Waalaikumusalam.
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.
Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : Eh..
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.
Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya
Bapa Gadis : Oh..
Teruna : ??
Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.
Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna : Segan cik. Hehe
Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?
Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa Gadis : Boleh takde masalah
Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu
Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki
Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.
Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya
Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?
Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu Gadis : Abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu Gadis: Boleh sikit-sikit kot
Teruna : Kali terakhir bila?
Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm..
Ibu Gadis : Kenapa?
Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?
Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.
Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar.
Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada.
Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.
Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
grand mcm ni kot
Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.
Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.
Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.
Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.
Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.
Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa Gadis: Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..
Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis
“Andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”
“ : )”
“Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”