~~~
Give Me Some Rain..
Give Me Another Chance..
I Want Grows Up One Again...
nuffnang
~dipersilakan klik~
Followers
~~networkblogs~~
Wednesday, April 28, 2010
macam2....
tido yg tak lena
Tuesday, April 27, 2010
Di Hening Malam
Monday, April 26, 2010
HaRi2 TerAkhiR
Melihat gelagat kwn2ku mengemas brg2 untuk dibawa pulang permanently, hati kecilku tersentuh...begitu pantas masa berlari...3 tahun yg lepas...baby yg lahir pd waktu itu..kini sudah boleh berckp...berlari2 berkejaran..n maybe sudah atau bakal mempunyai adik....wow... i can't believe it...3 tahun sudah aku berada di bumi ukm tercinta ini.....walaupun pd hakikatnya aku tdk dpt menjejak langkah kwn2ku...tp kesepian itu mula terasa...kesedihan mula menular....
Sunday, April 25, 2010
just for fun
So si Hassan nie pun ajaklah adik perempuan sepupunya utk temankan dia shopping kat SOGO.
Oleh kerana mereka baru 2 bulan berkawan, jadi si hassan nie pun membuat keputusan utk membelikan mek ayu topi kain hitam fesyen baru supaya taklah nampak dia beriya sangat. Adik sepupu hassan pun membeli satu seluar dalam hitam berbunga sebab hari tu ader sale. Masa membayar dengan tak sengaja,cashier dah tertukar kotak topi kain hitam dengan seluar dalam adik sepupu hassan.lepas bayar,hassan terus pergi kaunter hadiah dan suruh diaorang bungkus tanpa check dulu. kemudian hassan balik rumah dan tulis surat utk mek ayu dan mengeposkan sekali hadiah yang tersilap tue.ditulis berbunyi macam nie.....
ISTIMEWA UNTUK KEKASIHKU MEK AYU..........
SAN PILIH HADIAH NI KERANA AYU TAK PERNAH PAKAI BILA KITA KELUAR JALAN2 DAN SELALU MENGADU PANAS...
KALAU BUKAN KERANA ADIK SEPUPU SAN,SAN DAH NAK BELI YANG LAGI JARANG SUPAYA KALAU BERPELUH TAK LEMBAP SANGAT....
TAPI SAN TENGOK ADIK SEPUPU SAN PAKAI YANG BERBUNGA2 NAMPAK CANTIK PULAK.......
SAN PILIH WARNA HITAM NIE SEBAB TAK NAMPAK KOTOR.......
PROMOTER YANG JUAL TU TUNJUK DIA PUNYA..DAH SEMINGGU TAK BASUH TAPI NAMPAK ELOK JER.......
SAN SURUH DIA TRY AYU PUNYA SEBAB SAIZ DIA TU LEBIH KURANG DENGAN AYU PUNYA...
MEMANG CANTIK DAN MENARIK.......
HARAPNYA AYU SUKA SEBAB SAN RASA MEMANG SESUAI SANGAT DENGAN AYU.......
TAK SABAR RASANYA NAK TENGOK AYU PAKAI DEPAN SAN.....
SAN NAK AYU PAKAI UNTUK SAN HUJUNG MINGGU NIE........
SALAM SAYANG UNTUK KEKASIHKU........AYU......
p/s: KALAU AYU NAK PAKAI.....SAN NAMPAK STAIL BARU...
DENGAN MELIPAT BAHAGIAN DEPAN DAN MENAMPAKKAN SEDIKIT RAMBUT....
YANG MENYAYANGIMU,
HASSAN JENDUL....
Saturday, April 24, 2010
Never underestimate Allah's help...
A recent case happened in Britain. A girl went to her friends house and she
ended up staying longer than planned, and had to walk home alone. She
wasn't afraid because it was a small COMMUNITY and she lived only a few
blocks away..
keepher safe from harm and danger.
When she reached the alley, which was a short cut to her
house, she decided to take it. However, halfway down the alley she noticed
a man standing at the end as though he were waiting for her.
protection Instantly a comforting feeling of quietness and security wrapped
round her, she felt as though someone was walking with her.
When she reached the end of the alley, she walked right past the man and
arrived home safely.
The following day, she read in the newspaper that a young girl had been
raped in the same alley just twenty minutes after she had been there.
Feeling overwhelmed by this tragedy and the fact that it could have been
her, she began to weep.
raped, she decided to go to the police station.
She felt she could recognize the man, so she told them her story.
The police asked her if she would be willing to look at a lineup to see if
she could identify him.. She agreed and immediately pointed out the man she
had seen in the alley the night before.
When the man was told he had been identified, he immediately broke down and
confessed. The officer thanked Amina for her bravery and asked if there was anything
they could do for her. She asked if they would ask the man one question. Amina was curious as to
why he had not attacked her. When the policeman asked him, he answered, 'Because she wasn't alone. She had two tall men walking on either side of her.....'
you're not alone. People will not stand up for ALLAH TA'ALA........
ALLAH TA'ALA is always there in your heart and loves you no matter what.
'If you deny me in front of your friends, I shall deny you on the day of
Judgement'
Thursday, April 22, 2010
~~~~kisah 4 pengantin baru~~~~
Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Lin pegi
honeymoon ke Pulau Langkawi, Azie ke Pulau Tioman, Suri ke Pulau Kapas dan Murni ke Pulau Perhentian. Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, ‘nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas,padat dan cepat.’ panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.
Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Lin yang bertulis ‘Standard Chartered’ . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yangbertulis ‘Besar, teguh dan peramah’.. Bahagialah Si Lin rupanya..
Esoknya terima pula surat Azie yang bertulis ‘Nescafe’. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir’ Bahagialah Si Azie rupanya… Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Suri bertulis KFC’. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Hingga Menjilat Jari’… Bahagialah Si Seri rupanya…
Seminggu berlalu, tiada surat dari Murni, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu… tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Murni dengan isi kandungannya ‘AIR ASIA ‘. Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu…??
‘7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. TANPA HENTI’
Wednesday, April 21, 2010
Laksa
BAHAN-BAHAN
500 gram laksa - dicelur
500 gram ikan kembung
2 batang bunga kantan
3 keping asam keping
7 tangkai cili padi
1 tangkai daun kesum
2 sudu besar otak udang
1 biji timun - dihiris
2 biji bawang besar - dihiris
2 sudu besar cili kisar
1 biji telur rebus
Garam secukupnya
CARA MEMBUAT :
1. Rebus ikan kembung hingga lembut. Buang tulang dan kisar isi ikan hingga halus.
2. Masukkan bawang besar, bunga kantan, daun kesum, cili padi, cili kisar, asam keping, otak udang dan air ke dalam periuk.
3. Biarkan mendidih selama 15 minit.
4. Kemudian masukkan isi ikan, garam dan rebus semula selama 10 minit.
5. Sementara itu, jika laksa masih belum lembut. Rebus laksa tersebut kira-kira 2 minit.
6. Masukkan laksa yang telah empuk ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah tadi. Hidang bersama timun, telur rebus yang dibelah dua, daun pudina dan hirisan limau.
Cucur Udang
BAHAN- BAHAN
• 2 cawan tepung gandum
• 3 cawan air
• 1/2 sudu kecil serbuk penaik - dilarutkan dengan setengah cawan air panas
• 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
• 150 gram udang sederhana
• Daun kucai – dipotong sederhana
• Tauge
• Minyak
• Udang secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Gaul sebati kesemua bahan untuk membuat cucur kecuali serbuk penaik. Setelah sebatian larut, masukkan serbuk penaik. Biarkan adunan selama 10 ke 15 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Ambil adunan tadi menggunakan senduk dan masukkan udang ke atasnya lalu digoreng.
3. Apabila cucur telah kelihatan kekuning-kuningan, angkat dan hidang bersama sos kegemaran.
Saat menilai cinta
SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.
2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.
3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.
Coretan Hidup: Malang berganda Marini~~cerita ini kupetik dr satu akhbar tempatan
BIARPUN dihimpit ujian demi ujian dalam hidupnya, Marini Abd Rashid pantang mengalah dan sebolehnya enggan menyalahkan takdir semata-mata.
Melahirkan anak kembar yang kurang upaya, diceraikan suami, kematian ibu dan bapa nyata membuatkan hidup wanita berusia 35 tahun ini dipenuhi kisah duka, namun Marini cekal mengharunginya malah menyifatkan semua peristiwa itu sebagai kurniaan Tuhan.
Semuanya bermula selepas melahirkan anak kembar lelaki, Muhammad Nasrullah Norsaifullizan dan Muhammad Fakh rullah Norsaifullizan, lapan tahun lalu.
Susulan keadaan bayinya yang pramatang dengan potensi hidup 50-50, Marini berulang-alik dari rumah ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berikutan ke dua-duanya perlu menerima rawatan rapi.
Dalam tempoh itu, bapa kepada bayi itu hanya tiga kali menjenguk sebelum hilang meninggalkan keluarga.
Pada masa sama, doktor mengesahkan kembar pertamanya, Nasrullah, mengalami masalah cerebral palsy yang meng ganggu pergerakan otot serta urat saraf di kaki dan tangannya. Fakhrullah pula berdepan masalah kecerdasan otak.
Sejurus sah bercerai fasakh pada awal 2004, Marini mem bawa Nasrullah dan Fakhrullah serta anak sulungnya, Mu hammad Safwan Norsaifullizan, kini 13 tahun, menumpang hidup bersama bapa dan ibunya di kuarters Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Brickfields.
Namun, panas yang diharapkan hingga ke petang tidak kesampaian apabila ibu yang sentiasa menjadi tunjang se mangatnya meninggal dunia pada Jun 2004.
“Waktu itu saya seperti hilang semua perasaan. Jiwa saya kosong. Sudahlah diceraikan suami, membesarkan anak sendirian dan kemudian kehilangan ibu.
Selama ini pun ibu banyak membantu saya menguruskan anak kerana saya bekerja di bahagian pentadbiran di firma arkitek di Da mansara.
“Selepas ketiadaan ibu, saya ambil keputusan berhenti kerana tidak percaya meninggalkan mereka di bawah jagaan orang lain. Tambahan pula dengan keadaan Nasrullah yang sering mengalami kebiru-biruan pada tubuhnya dan masih lemah.
“Bagi menyara keluarga, saya menyambung perniagaan makanan yang diusahakan arwah ibu bersama adik bongsu. Kami kemudian berpindah rumah pada hujung 2005 apabila arwah bapa ambil keputusan meninggalkan kuarters itu,” katanya.
Kelangsungan hidupnya bersama anak diteruskan di Pandan Jaya dengan menyewa rumah pangsa tingkat bawah. Mujur bekas suaminya bersedia memberi nafkah untuk anak pada jumlah RM600.
“Sewa rumah saja RM600 jadi wang nafkah yang diberikan bekas suami itu hanya cukup untuk membayar sewa.
“Untuk perbelanjaan lain, saya berusaha mencari duit lebih dengan berniaga di tapak gerai VIOBA (Persatuan Bekas Pelajar Victoria Institution Kuala Lumpur) di Jalan Hang Tuah memandangkan adik pernah belajar di sekolah itu.
“Seawal jam 5.30 pagi, saya sudah keluar untuk buka gerai dan membawa sekali anak. Walaupun payah, saya terpaksa melakukannya kerana anak berhak mendapatkan kehidupan yang terbaik.
“Tapi perniagaan itu tak bertahan lama kerana saya lebih banyak memberikan tumpuan kepada anak.
“Akhirnya, saya dan adik berhenti berniaga lalu saya cuba lakukan kerja sampingan seperti membantu ibu saudara memasak untuk katering bagi membiayai persekolahan dan perubatan mereka.
“Jadi pendapatan saya kini bergantung kepada kerja yang dilakukan. Kalau dalam sehari saya dapat RM30, itu sudah cukup sebagai rezeki kami untuk hari itu,” ujarnya.
Dengan pendapatan yang tidak menentu, ibu tunggal itu menerima bantuan daripada Baitulmal sebanyak RM500 sebulan yang banyak digunakan untuk perubatan dan sesi fisioterapi Nasrullah.
Dari Pandan Jaya, Marini sekeluarga seterusnya berpindah ke rumah pangsa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Pantai Dalam.
“Semuanya hasil bantuan banyak pihak. Alhamdulillah, laluan saya dipermudahkan dan kami mula menetap di perumahan DBKL ini sejak 2008. Secara tak langsung ka wasan ini lebih hampir dengan sekolah anak-anak kerana Nasrullah ditempatkan di Sekolah Khas Bukit Bandaraya, manakala Fakhrullah serta Safwan di sekolah berhampiran.
“Selepas menghantar Safwan dan Fakhrullah, saya akan hantar pula Nasrullah dan menunggunya sehingga tamat sekolah.
“Itu cara untuk menjimatkan kos pengangkutan kami dan pada masa sama, saya sentiasa berada berhampiran de ngannya jika apa-apa berlaku,” katanya.
Mengulas mengenai rawatan anak kembarnya, Marini kini membawa Nasrullah menjalani fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur sekerap yang mungkin selepas doktor mengatakan anaknya berpeluang pulih jika diberi latihan pergerakan serta fisioterapi secara konsisten.
“Saya langsung tidak membawa Nasrullah dan Fakhrullah jalani pemeriksaan dan rawatan sejak mereka bayi hingga berusia lima tahun kerana masalah kewangan. Selama ini saya sendiri yang merawat mereka.
“Sejak 2007 barulah saya cuba bawa mereka jumpa doktor, tapi tidak secara berkala kerana ketiadaan wang. Malah doktor terkejut apabila melihatkan mereka tidak mengalami masalah tumbesaran dan sudah boleh hidup cergas seperti kanak-kanak lain.
“Saya juga cuba biasakan dia dengan berjalan tanpa tongkat. Saya minta gurunya gesa dia menaiki tangga di sekolah sehingga ke tingkat tiga tanpa bantuan tongkat. Kalau dia jatuh, saya suruh dia bangun sendiri, tak boleh terlalu dimanjakan.
“Sedih juga melihatnya kerana dia seperti terseksa untuk berjalan tanpa bantuan. Tapi itulah cara terbaik untuk membolehkannya berpeluang hidup secara normal.
“Sampai bila dia perlu bergantung kepada saya? Saya sentiasa berdoa dipanjangkan usia ini untuk membantu anak hingga mereka sudah mampu menguruskan diri sendiri.
“Dia kini secara perlahan-lahan sudah boleh menguruskan diri sendiri. Itu yang paling penting. Selain fisioterapi, Baitulmal turut membekalkan enam tin susu sebulan untuk membantu menguatkan tulangnya. Ia mesti diambil sampai dia berusia 10 tahun.
“Alhamdulillah bekas suami juga sudah mula ingat pada anak. Dia kini kerap memberi nafkah saraan mereka. Bagi saya, apa yang berlaku dulu sudah tersurat dan segala kesusahan yang berlaku dulu dan kini adalah ujian Allah.
“Dulu sering juga saya rasa malu kerana ada anak yang kurang upaya. Keadaan lebih buruk apabila masyarakat juga mencemuh dan memencilkan anak hanya kerana mereka kurang upaya.
“Tapi saya berusaha kembalikan semangat demi anak. Saya kini lebih positif dan lebih mementingkan masa depan mereka.
“Saya amat berterima kasih kepada pihak yang banyak memberikan semangat dan membantu mempermudahkan hidup kami anak-beranak ketika kesempitan.
“Setiap kali terlintas di fikiran untuk mengeluh dengan kesusahan ini, saya segera fikirkan mengenai orang lain yang hidup lebih susah daripada kami. Itu juga yang sering saya tekankan pada anak-anak,” katanya.
Sayu rasanya hatiku tatkala membaca artikel ini...betapa kejamnye lelaki yg bernama suami disini....sggup meningglkan isteri diwaktu sang isteri amat memerlukan sokongannya..kpd wanita di luar sana, marilah kita mengambil pengajaran dr kisah ini..bt saudari Marini.. kuatkan semangatmu..Sesungguhnya Allah sentiasa ada untuk hambaNya...
Coretan Hidup: Malang berganda Marini
BIARPUN dihimpit ujian demi ujian dalam hidupnya, Marini Abd Rashid pantang mengalah dan sebolehnya enggan menyalahkan takdir semata-mata.
Melahirkan anak kembar yang kurang upaya, diceraikan suami, kematian ibu dan bapa nyata membuatkan hidup wanita berusia 35 tahun ini dipenuhi kisah duka, namun Marini cekal mengharunginya malah menyifatkan semua peristiwa itu sebagai kurniaan Tuhan.Semuanya bermula selepas melahirkan anak kembar lelaki, Muhammad Nasrullah Norsaifullizan dan Muhammad Fakh rullah Norsaifullizan, lapan tahun lalu.
Susulan keadaan bayinya yang pramatang dengan potensi hidup 50-50, Marini berulang-alik dari rumah ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berikutan ke dua-duanya perlu menerima rawatan rapi.
Dalam tempoh itu, bapa kepada bayi itu hanya tiga kali menjenguk sebelum hilang meninggalkan keluarga.
Pada masa sama, doktor mengesahkan kembar pertamanya, Nasrullah, mengalami masalah cerebral palsy yang meng ganggu pergerakan otot serta urat saraf di kaki dan tangannya. Fakhrullah pula berdepan masalah kecerdasan otak.
Sejurus sah bercerai fasakh pada awal 2004, Marini mem bawa Nasrullah dan Fakhrullah serta anak sulungnya, Mu hammad Safwan Norsaifullizan, kini 13 tahun, menumpang hidup bersama bapa dan ibunya di kuarters Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Brickfields.
Tuesday, April 20, 2010
KISAH BUANG BAYI
Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya kelu ar melalui hidungnya..
.
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE....
Monday, April 19, 2010
marriage!!!!
MARRIAGE atau perkahwinan ikut malaynye....aku tertarik untuk mengutarakan persoalan ni...slh seorg kwnku telah mengutarakan persoalannye mengenai kawin free di laman FB,,....huish..sape yg xnk kawin free...maksudku di sini..bknlh free sebb JAIS dtg...ninonino mcm bunyi ambulance gitu..haha... maksudku adlh kawin free..dimana xpyh nk kuarkn duit tuk kawin...huih..bestye,.... skrg jugak aku kawin..hahahhah....gedik giler nk kawin....
kawin tu sebenarnye sgt heaven..inilah kata2 azimat kwn2ku... bg aku heaven la lau bhgia..btol tidak?? aku ade bace satu story kt MW(majalah wanita)...just tuk info..nilah aku punyer favourite magazine..byk sgt info yg kita leh dpt... kisah rumah tangga sorg makcik ni... bkn ku bermaksud nk jatuhkan maruah makcik tu..just nk share.. bak kate pepatah : sharing is caring...
storynye mcm ni...diorg kawin suke same suke..tp biase la kan...selagi kite x sebumbung ngan org tu kite xkan tahu hati budinye kan....same jugk ngan makcik ni...kecian die.... laki die jenis pentingkan family... sbg anak, lelaki tu sgt bgus..tp sbg suami hampeh.... nk dijadikan cerita... kakak c lelaki ni x suke makcik tu.... die suke2 hati je jd batu api... die hasut adik die yg mane laki mkcik td tu...
die buruk2 kan makcik tu.... yg si lelaki ni pun satu hal.... g percaya bulat2 kate2 kakak die tu..ade ke patot... patotnye siasat la dulu..so mangsanya di sini makcik td tula... disebbkan c kakak tu td..rumah tangga mereka selalu bergolak..... mcm2 tuduhan makcik tu dpt... aku yg membace ni plak jd panas... so moral of the story...perempuan2 di luar sane..berhati2 la memilih calon suami k..n bg lelaki2 plak... jgn cept percaya...jgn ingt die saudara kite die btol...
x kenal maka x cinta
my 1st layout editor...
Sunday, April 18, 2010
Saturday, April 17, 2010
kisahku di suatu ptg~~
di suatu ptg yang syahdu....angin bayu membuai perasaan..pepohon nan kehijauan....di kaki langit yang indah....dan aku tetap disini...merenung langit yg semakin menghitam....tanda2 si hujan kesedihan....gendang2 jelas kedengaran....amaran utama si guruh....dan aku....tetap jua disini..melihat burung2 yg galak berterbangan...pulang ke sarang....membawa habuan....atau mgkin jua tidak..mencari tempat berteduh..dan aku....tiba2 tersenyum....andai kata aku menjadi burung..akan ku terbang ke kafe..mencari nan sesuap makan....tuk mengalas perut yang meminta....oh....sesgghnya aku sgt lapar..wee~~~
Tuesday, April 13, 2010
Thursday, April 8, 2010
~KiTe AdaLah wAnita BiaSa tTp kiTe sGt iStiMewa~~
Tidak dinafikan wanita ini adalh satu makhluk yg lemah...bkn lemah krn ade kekurangan..ttp Allah telah menetapkan kite sbg hamba-Nya yg dikenali dgn watak lemah lembut dan bersopan santun....nampak lemah di mata tetapi sbnrnye wanita sgt tabah..
Monday, April 5, 2010
pastikan~~siti nurhaliza
Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran
Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling
Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu
Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini