BIARPUN dihimpit ujian demi ujian dalam hidupnya, Marini Abd Rashid pantang mengalah dan sebolehnya enggan menyalahkan takdir semata-mata.
Melahirkan anak kembar yang kurang upaya, diceraikan suami, kematian ibu dan bapa nyata membuatkan hidup wanita berusia 35 tahun ini dipenuhi kisah duka, namun Marini cekal mengharunginya malah menyifatkan semua peristiwa itu sebagai kurniaan Tuhan.Semuanya bermula selepas melahirkan anak kembar lelaki, Muhammad Nasrullah Norsaifullizan dan Muhammad Fakh rullah Norsaifullizan, lapan tahun lalu.
Susulan keadaan bayinya yang pramatang dengan potensi hidup 50-50, Marini berulang-alik dari rumah ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berikutan ke dua-duanya perlu menerima rawatan rapi.
Dalam tempoh itu, bapa kepada bayi itu hanya tiga kali menjenguk sebelum hilang meninggalkan keluarga.
Pada masa sama, doktor mengesahkan kembar pertamanya, Nasrullah, mengalami masalah cerebral palsy yang meng ganggu pergerakan otot serta urat saraf di kaki dan tangannya. Fakhrullah pula berdepan masalah kecerdasan otak.
Sejurus sah bercerai fasakh pada awal 2004, Marini mem bawa Nasrullah dan Fakhrullah serta anak sulungnya, Mu hammad Safwan Norsaifullizan, kini 13 tahun, menumpang hidup bersama bapa dan ibunya di kuarters Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Brickfields.
No comments:
Post a Comment