~~~

Give Me Some Sunshine..
Give Me Some Rain..
Give Me Another Chance..
I Want Grows Up One Again...

nuffnang

~dipersilakan klik~

Followers

~~networkblogs~~

Saturday, January 17, 2015

REALITI atau FANTASI

Assalamualaikum,

Ku tinggalkan mu tidak beerti aku telah melupakan dirimu.. wahai en blog... HUKHUK..

Rentak tarian jari jemariku di atas keyboard seakan kaku tapi masih menari.. ha...paham x? dah lame tak menaip panjang2 ni ha..last taip panjang2 tuk FYP aka thesis..kekekkee..

Alhamdulillah masih bernafas,menghirup udara2 yang masih dalam kategori menyihatkan walaupun kekadang disulami dengan bau2 yg kurang enak. Arghhh,,..persetan itu semua... sudah nasib berada di bumi penuh warna warni, semua jenis manusia ada..redho jela walaupun hidung dah kembang kempis menahan...hahahaha.

Syukur juga diri ini sudah mejangkau umur di tahun baru 2015,...jeng3...umur adalah rahsia walaupun ia hanyalah angka... ape gunenye angka itu jika ditolak ditambah tetapi tiada lebih or kurangnya...

Macam biasa masuk je tahun baru semestinye azam akn berubah baru tapi bagi aku azamku hanyalah satu iaitu melaksanakan azam tahun 2014 yang xsempat aku langsaikan pd tahun 2013 sedangkan ianya sambungan azam tahun 2012 dan aku telah berazam pada tahun 2011 dan aku plan pada 2010.. hahhahhaa

Realiti atau fantasi azam2 ini? Bagi aku masih fantasi sebb masih xdapat laksanakan azam2 itu.. muahaha... macam mane dgn azam2 korang? adekah azam kita same?? silalah berazam untuk melaksanakan azam.

Melainkan nama korang azamuddin or azamimah..hahahhaa


adios amigos,

Friday, October 25, 2013

HORROR & THRILLER

Lately ni aku taktau ape yang dah merasuk aku, hampir setiap hari aku mesti tengok cerita2 dan movie horror & thriller. Lagi dahsyat bila aku boleh tengok movie-movie ni tetengah malam.

Tambah dahsyat bila aku boleh gelakkan housemate aku yang tengok cerita seram ramai2 sambil jerit2 tutup mate sebab bagi aku cerita tu xseram langsung...haha

Apa yang pasti selepas peristiwa aku diganggu makhlus-makhlus yang xnampak pada suatu ketika dulu membuatkan aku lebih berfikiran positif walaupun aku terdengar bunyi orang menukang (memaku dinding) tetengah malam (pukul 2 pg) dan almari yang dengan tiba-tiba terbuka tanpa ada punca angin.

Semalam yakni KHAMIS MALAM JUMAAT tanggal pukul 11 mlm ke atas dengan selambernye aku boleh layan cerita INSIDIOUS dan bagi aku cerita ni biasa je.



Tapi apa yang kelakarnya bila aku tengok movie THE CONJURING siang-siang hari yakni pagi tadi JUMAAT 25 OCT 2013 aku boleh rase seram dan akibatnya aku bukak lampu. Haha.., mungkin disebabkan cerita itu betul-betul menyeramkan.

So dekat bawah ni adalah antara senarai cerita seram aku tengok dalam 2,3 hari lepas...

 Ok la..not bad.

 Aku layan balik PARANORMAL ACTIVITY ni dari episod pertama dan ape yang aku boleh katakan adalah, nombor 1 dan 2 menarik tetapi masuk ke3 dan 4 amatlah membosankan.

Satu cerita dari jepun.

No komen.


 Yang ni lebih kepada vampire hisap darah.

Cerita Thailand, genre lebih kepada Komedi.

TWO MOON dari korea. (exctely yang ni dalam waiting list..hikhik)

Sekarang aku tengah menunggu peluang untuk tengok INSSIDIOUS 2 yang tengah hangat di pawagam sekarang ni tetapi belum berkesempatan lagi. 


So buat para pembaca sekalian,jangan lupa tonton cerita ni .Pastikan anda sorang-sorang di tengah malam. Jangan lupa intai bawah katil  atau tutup tingkap bilik anda sebelum tidur.

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...mis..teee..riiiiiiii...
adios amigos,

Sunday, October 20, 2013

Penipuan Produk Kecantikan

Salam 1 Malaysia..

Hari ini, aku sangat berbesar hati untuk berkongsi satu kisah penipuan produk kecantikan yang mana berlaku dekat aku sendiri. Ok sebelum semua agent-agent produk kecantikan  marah aku , ingin aku perjelaskan produk yang aku maksudkan adelah LWM.

So mesti korang semua tertanya-tanya apekah sebenarnya LWM yang aku cuba luakan disini bukan. Takpe, yang penting korang baca dahulu petikan cerita ini....

Sumber: Facebook
Mangsa: Unknown

PETIKAN PERKONGSIAN PENGALAMAN BAGAIMANA NEW YORK SKIN SOLUTION MENIPU.

"..Nak story sket pengalaman temankan my younger sis pegi New York Skincare Solution (NYSS).My lil sis, Nurul gatal tangan sms ke NYSS for free facial trial and free travel kit. So one of NYSS's staff called her and after some chit chatting and after Nurul confirmed with her that there will be no hidden charges or she doesn't have to sign up with any of the packages, that fella sets an appointment for her last friday at NYSS Mid Valley Megamall.

So here goes, when we arrived there around 1 pm, her name wasn't in the appointment list. So that's fine with us as it was a free facial. Owh...lupa nak bagitau, masa tgh tunggu nak fill up forms tu Nurul bagtau yang dia tu student. We realized that staff dkt situ semua buat muka tak puas hati bila dengar she is a student. Berbalik pada cerita tadi. After she fill up the forms and so on and after we were given some explanation which I can assure you semua tu tipu belaka, the FREE FACIAL treatment started. I thought kalau service dia bagus, I myself pun nak sign up for the treatment. Maklumla NYSS kan masuk paper, tv commercials and so on...

As I were waiting for her to finish, aku tengok, bagus la everybody yang dtg for free treatment semua sign up for the package. Aku pun macam kagum, mesti bagus treatment and service dia. Lepas kagum2 tu dan lepas jln2 kat dlm MV, Nurul pun call bagitau dah siap treatment. So aku pun pegi la. Dia cakap best jugakla facial sebab dia pun mmg x penah buat facial, so pada dia dah best gile la. Sementara tunggu turn utk discan balik muka dia tu, aku bisik2 la kat Nurul, gile la semua consultant dia bila keluar je dari dari consultation room mesti bwk keluar duit at leats pun RM 50. Yang kitorg ni takde plan pun nak amek package apa2 coz kitorg bwk RM 50 je that day. Bila sampai turn kitorg je dia pun scan muka adik aku balik which I know semua tu tipu gak. Bagi penerangan apa ke jadah semua dan bagitau harga package dia which RM 280 per session! My sister needs 20 sessions to make her face looks beautiful.... Wahhhhh...cuba you guy darabkan RM 280 dgn 20 session. Lepas tu ckpla yg mereka akan bagi mask free which cost RM 90, ultrasound free worth RM 50 and so on sampai ckp 1 treatment sebenarnya berharga RM 500! Tapi kalau sign up sekarang RM 280 je. Padahal benda2 yg dia ckp tu dah masuk dalam RM 280 tu je.

RM 280 x 20 = RM 5 600

Dia minta half for the deposit

RM 5 600 / 2 = RM 2 800

Kitorg ckp la too expensive lagipun Nurul student lagi. So let her discuss with our mum first before we sign up. Consultant tu pun bagi lagi satu package for 10 sessions.

RM 280 x 10 = RM 2 800

Deposit half of it

RM 2 800 / 2 = RM 1 400

Kitorg still refuse to sign up. Sebab kitorg takde duit masa tu! Dia pun panggil la sorg lagi consultant, she introduced herself as CARMEN. Dia pok pek pok pek dgn kitorg. Aku pun dah rasa tak selesa coz tgh marah sgt. Aku takut la bleeding sebab dulu penah sekali aku marah org sampai kuar darah. All I care now is to get out of there. Sebab aku betul2 tak puas hati dgn service yang PAKSA - PAKSA org ni. Carmen tu bagi pakej utk 5 session pulak.

RM 280 x 5 = RM 1 400

Deposit half

RM 1 400/2 = RM 700

Kitorg refuse lagi. I stressed out to them let Nurul discuss with our mum first! And then ckp dkt sini kitorg ada rules & regulations. Semua customer who come for free trial MUST sign up for their package! Nurul cakap, your consultant tak cakap pun masa telefon because she already asked about that! Aku lagi angin bila dengar. Aku cakap kitorg x nak sign up apa2 pun. ThenCARMEN tu keluar, masuk sorg lagi. Tak reti nak introduce diri sendiri terus attack my sis and I. She said something like this,

"Siapa yang buat facial tadi? You?" she pointed at me. Aku geleng and ponited to Nurul. She said " You?" Nurul angguk. " Then I will talk to you only. I won't talk to you. You can keep quiet" sambil tangan dia suruh aku diam. Kurang ajar punya org. Dia pok pek pok pek to my sis and reduce the package to 3 session dengan home product which kitorg tau yg dia akan suruh tambah lagi session and pay another price for the product sooner or later. Talking about tactics...

RM 280 x 3 = RM 840

Half of it

RM 840 / 2 = RM 420

Kitorg still refuse sebab kitorg memang TAK NAK! Plus TAK ADA DUIT! My sis cakap kalau bayar monthly maybe dia mampu but with the unreasonable price memang dia tau dia tak mampu. Sekali treatment pun tak mampu. Elaun dia belajar RM 600 sebulan sebab dia nursing student, buku2 lagi and ada few lagi yuran2 nak kena bayar end of this month lagi. She explained to them. And then boleh minah tu cakap, "You pakai akaun apa?" "Maybank" Nurul answered."Then kita boleh deduct from account for deposit". Nurul cakap dalam akaun dia ada RM 50 je. Minah Cina tu ckp "You bayar RM 50 dulu la. Lepas tu you discuss dgn mama you, bayar balance la. You cakap dgn I you ingat your mama akan bagi you buat treatment ka dgn harga mcm ni. I guarantee la your mom takkan bagi". Celaka.

Ini boleh mendatangkan marah. RM 50 adik aku tu pun dia nak kebas.

Aku cakap "kitorg tak minat nak ambil package you. Plus kalau I ada duit skrg ni pun. I won't pay for her here. I rather pay for her at DermaGenesis or Klinik Ayu Jelita. I have experiance pegi buat face and body treatment. You name it. TCA, Pixel, MDB, Lipo semua I pernah try before I got married".

"arent you bayar ke abg you yg bayar? Kalau pernah buat kenapa muka you tak cantik? Kenapa badan you gemuk?" she said.

Aku balas balik "This is because I'm pregnant!".

Dgn sinisnya dia cakap "You pregnant before you kawin?".

Aku balas "Don't be ridiculous. Of course I'm married. I gemuk because I'm pregnant. I look like this because I'm pregnant. I've got pimples because of my hormones. Everything I buat before I got married. For the wedding. I pergi 2 tempat tu, consultant sana beri masa utk discuss with parent and to think about it. And guess what my parent agreed. So I don't think my parent are so typical about this. Plus the price lebih reasonable and result guaranteed. Dengan you setakat facial treatment, sampai RM 50 pun nak kebas".

Masa tu aku dah pegang perut coz it hurts a little bit. Minah cina tu tanya lagi "You pegi mana?". " DermaGenesis and Ayu Jelita" I replied. Dia tak mau mengalah jugak "Then why don't you bring her there?" " I will. I like the service + the treatment. Kat sana takde PAKSA - PAKSA punye service. Affordable". Dia senyap. "Okay la. you balik discuss wth your mama. Esok you datang bawa your mama. I bagi your mama free facial. Tapi your mom je. Your sister tak boleh" she pointed at me again!

"Okay" my sis replied walaupun dalam hati dah berjanji takkan jejakkan kaki kat dalam New York Skincare Solution lagi. Dengan penuh sakit hati aku berkata dalam hati "I wouldn't recommend you to my friends. Your service sucks!" Kitorg keluar dari premis dia dgn tangan kosong. Mana ada dapat free travel kit tu. Penipu! Walaupun kitorg tau, kitorg MESTI kena kutuk dengan diorg. We don't care. At least kitorg boleh sebarkan kat org lain mcm mana diorg ni menipu pelanggan."

Originality Boleh klik disini : Original Text

Ok sekarang berbalik kepada cerita aku.

Suatu hari pada penghujung tahun 2011 aku menemani kawanku yang berbadan agak gempal si A ke LWM - London Weight Management. Walaupun aku tidak setuju dengan keputusan dia tetapi buat ape aku nak kisah jika duit tu duit dia kan. Haha.

Lagipun menurutnya, sebenarnya dia sudah sign up pakej LWM tetapi dah lama tak pergi dan miss dia punya sesi treatment. Bertempat di satu shopping mall dekat Subang Jaya, sampai je depan kedai LWM kawan aku ni buat hal la plak xnak masuk. Ape ke senget dah sampai xnak masuk plak.

So aku pun heret la A masuk sebab aku fikir dia dah bayar deposit haritu 1000++ so rugilah kan. Masuk-masuk je kami diasingkan sebab dia dah ade coach dia. Asalnya hajat aku nak keluar la dah kawan aku dah jumpa coach dia, eh sekali minah yang entertain kami pada awalnya pujuk aku tuk try jugak, kebetulan aku bersama seorang lagi kawanku yang badannya memang berisi dari A iaitu B.

Maka kami berdua terpaksa la tadah telinga dengar explanation dia, si kawan aku B mula la lembut hati, ha nampak tak permainan diorang ni tunjuk la konon-kononnya testimoni orang yg sudah berjaya maka kaburlah mata si B ni dan excited la dia nak try 1st yang free tu.

Aku tetap keras hati xnak cuba, tapi dah bosan kene pasal dan atas dasar aku pegang yang "1st trial is free" maka aku pun setuju la nak try sebab pada pandangan aku free je pun ape nak kecoh kan tapi banyak kali aku ulang ayat ni "confirm free ni sebab saya xde duit ni" sebelum masuk ke ruangan rawatan dia.

Lagi satu sebab bila kawan aku si B pun turut sama pujuk sebab nak temankan dia try sekali. Maka bermula la rawatan dia... Mandi wap, sapu herba pahtu kene wrap ngan plastik berpeluh-peluh aku dan bla..bla..bla..dan akhirnya siap la.

Andaian aku kawan aku si B pun try jugak sekali dia cakap coach dia nasihatkan tuk terus pergi sesi sebab kalu dah try yang fri ni rugi la nanti hilang 1 sesi rawatan sebab yang free ni just dapat sikit rawatan berbanding yang betul.

Ha nampak tak permainan dan sandiwara diorang ni , so kalu korang dah pergi yang 1st trial tu yang kononnya percuma tu t korang akan rugi 1 full treatment yang betul. Aku pun menyampah la sebab aku sorang je yang ntah pape duduk dalam tu lama2.

Dah settle nak blah aku kene tahan, si minah Chinese yang buat rawatan kat aku tu mitak aku sign up. So aku dengan tegas ulang ayat ni "1st trial is free kan lagipun saya xde duit" tapi dia tetap paksa-paksa aku katanya aku boleh bayar deposit dahulu separuh harga. Aku mcam biasa still tetap xnak join benda alah tu dan minah tu still pujuk-pujuk aku sambil tunjuk testimoni-testimoni pelanggan diorang.

Sampai satu tahap dia tanya aku .. 
"U ad bawak kad atm x?" 
"Ada"
"Kami boleh potong dari u punye akaun"
"Tapi saya xde duit"
"Its ok, kita potong dulu brapa yang u ada then nanti u bank in , kita potong lagi"
Dalam hati aku kepala hotak pak ko..sesuka hati je nak potong duit orang mcam tu then aku pun perah idea nak blah, then aku terfikir yang kad CIMB aku ade RM10++ je,,..haahahah..hamik la ko nak potong sangat .

Aku terus keluarkan kad aku, then die scan..mungkin xpuas hati dengan balance aku ada, dia scan lagi sekali. Then bila dah sah aku memang xde duit dalam akaun tu, minah tu mula marah dan maki dalam bahasa Mandarin. aku cuma boleh tangkap dia cakap "macam ni punya orang (merujuk kt aku) pun ada, gila... dah try xnak bayar"

Aku juz buat muka seposen sambil pandang dia marah-marah then dalam hati aku terdetik "Sial punye minah, ada aku kisah?"

Hahahaha... So buat korang semua para pembaca, jangan cepat percaya pada benda yang percuma.
adios amigos,

Monday, October 14, 2013

Ku Akui

Assalamualaikum semua, sempena malam raya ni...aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha aka Raya Haji aka Raya Qurban dan kepada sesiapa yang tak dapat pulang beraya tu jangan sesedih ye, sebab kita serupa...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Walaupun esok aku cuti tetapi apelah gunenye kan kalu setakat sehari, nak balik kampung pun dah makan mase 8jam..pergi balik mau 16 jam. So aku memilih untuk bertapa saje di perantauan ini.

Ok...actually aku yang berlagak,boss da bagi 2 hari cuti tapi taknak kononnye nak bodek boss la kan..nak tunjuk rajin bekerja..hahaa...nasib la kau temah sengsorang beraya esok. Orang makan daging kurban ko makan maggi cap daging.
peace sy buat lawak je

So nak dijadikan cerita lately ni memang aku tetiba jadi WORKAHOLIC , dah kenapa pun xtau, tu yang tak rase nak cuti tu.

Lagi satu dah buang tebiat duk baca MAJALAH PENGANTIN...




erk.. dah matang rupenye aku. Kalau dulu selalu je aku perhati kan maksu aku duk baca dan kumpul majalah ni. Aku pulak tumpang jugak la sekaki tapi just untuk tengok gambar sebab aku betul-betul tak suke membaca. Oleh sebab itu jugak la aku ambil jurusan yang tak perlu sangat membaca iaitu FIZIK...

Point? Saje nak bagitau..Haha..

Now aku mempunyai perasaan untuk membaca buku itu apetah lagi beli.. OH.,.TIDAK... nampak tak permainan hati dan perasaan kat situ.

Oleh sebab bermain dengan perasaan jugalah aku tengah melayan lagu Hafiz..Ku Akui..


Psstttt: Haritu aku jumpa mamat ni dekat Jusco.. Dikelilingi bodyguard yang auw2...Comey dan hensem jugak la kot... Krik..Krik... Ok..abaikan je part tu.

So dekat sini aku memang nak akui yang aku sebenarnya bukan peminat dia pun so aku tak ade la perasaan excited mahupun tergedik2 menjerit name die mase tu apetah lagi nak mintak sign or bergambar sekali.

Ikhlas tu mengaku..Lepas ni mintak2 tak ade la hard fan HAFIZ datang serang aku...Aku taknak jadi femes macam Budak Kapel Seminggu mahupun budak2 yang ntah pape upload video ntah pape tu apetah lagi jadi macam Bini Matyo...opss...Hahahahhaa....

Tapi...ada tapinya... suara Hafiz memang mantap so aku suka la lagu die berbanding lagu cintan cintun yang lain yang....ok...emm..yang ok...(tak sampai hati aku nak cakap.)

Itulah sedikit sebanyak komen aku sebagai juri yang tak berapa nak profesionalisme.

adios amigos,

Saturday, September 28, 2013

suwittttttttttttt

"When the day already past..juz now u will feels regret.
But when u on it..u just hate that day".

Quote for today


Selamat pagi semua...bagi yang dah bangun mandi2,solat subuh then tak sambung tido tu bagus2....
Bagi yang baru tergeliat2 tu..uhhh....no comment...

Just like that day...that morning when its change everything in my life...

Indeed macam biasa time2 macam ni masih tergolek2...well weekend maa,...semua kemalasan mula menular ke dalam diri menjadi barah....

Oh malasnya even untuk bukak mata. Still macam manusia-manusia lain, 1st thing bila dah bukak mata mesti meraba cari hanphone...walaupun dulu masa tadika cikgu ajar bangun pagi gosok gigi.

Sekarang trend dah berubah, budak2 umur 3 4 tahun pun dah reti bukak2 je mata menangis. Ingatkan nak susu rupanya nak tablet, ipad dan sebagainya,..UHHH untung ko nak..aunty dulu mana nak ada benda alah macam tu.

Bila tersengih tengok skrin handphone mesti sebab balak anta SMS. Walaupun SMS tu hanya berbunyi 'Hi'..

Gile ape baru 'Hi' da tersengih2 kalu die cakap 'saya sayang awak tau' mau melompat2 tu..hahahaha...

Then mula la berangan kan best kalau dapat kapel ngan dia ..ok...macam la die tu hot stuff sgt kan...tapi still dia comel sangat...

Tengah berangan2 then handphone bunyik lagi. Kali ni SMS berbunyi 'lagi 1/2jam saya sampai' ...

Ha?? 1/2 jam....apa lagi terus melompat turun katil then masa tu baru sedar jam menunjukkan pukul 11.30 pagi....ok..Jangan Tiru Aksi Ni.

Kuss semangat nasib la sempat mandi dan bersiap sebelum dia sampai...Kalau tak mau jatuh saham aku. Karang tak pasal2 terus kene reject.. Ahak...

Bila da dpt SMS mengatkan dia da sampai kat bawah blok aku. Terus aku lari-lari turun, bila dah nampak batang hidung dia terus control jalan.

Korang tak payah nak comment macam2 la..macam x penah buat..Bila dah suka kat sorang tu mesti nak nampak perfect je kat mata dia.

Then kami bertentang mata, walaupun dia specky tapi still comey bagi aku. Tetiba dia hulurkan satu bungkusan, rupanya dia tapaukan aku nasi dari rumah dia...

Olololo...suwitttttttttttnye.... 'pandai awak amik hati saya kan' ..

Siap cerita yang dia tapau nyorok2 takot mak die banyak tanya...hahahhaa.....

Even dat dish just a simple dish but still i remember dat taste untill today..

And yet i miss that moment.

I wish u all the best eventhough i dont noe where are you rite now. Mungkin awak tengah mandikan anak awak time ni..or maybe jgk awak tengah bersayang-syg dengan wife awak..paling x pun awak tengah bersiap tuk keluar jalan-jalan dengan kekasih awak.

Atau paling sedih bila awak pun still tak bangun tidur..






adios amigos,

Sunday, September 22, 2013

bengang

Sumpah aku bengang tahu ape itu bengang? B.E.N.G.A.N.G yg membawa maksud marah,sakit hati dan menyampah.. balik penat-penat...tangak barang semua kene campak..sape xbengang...barang dalam bilik pun die nak usik...

Masuk harini genap la 3minggu aku duk umah sewa ni ha...mula-mula masuk,...terkaku jap sebb xde kipas...memang siot la...sepatah pun xckp xde kipas...sedangkan bila mula2 tanya ..blablabla....ckp sume ade...tanye lain hari plak...mula la ni xde..tu xde...

Ok xpe..salah aku..sebab aku main redah je amik rumah ni...xpegi tgk dulu..

A BIG MISTAKE THERE..

So aku nk pesan la kt semua org yg nk cari rumah sewa...g la tgk rumah tu dulu..iklan die leh cakap macam2..pegi tgk..hampeh..bak kate pepatah INDAH KHABAR DARI SURATKHABAR.. even kalu pegi tgk pun silalah cek btol2...sinki die tersumbat ke tidak... paip air tu keluar air x... penah dah kena dulu..tp tula kan org kate xreti amik pengajaran..haha..

Ok..actually aku urgent nk rumah..so rembat jela...

Alkisahnye..dah la kipas xde...bilik kecik share plak dua orang.. sewa rm120..ok la not bad area kl kan.. tup2 cakap nk naik sewa...so aku pun tanye la akak tu mcm2... kenape peti ais rosak..bile nk baiki..knape xgtau kipas xde.. sms jela..xdenye nk kol...tp sepatah pun die xreply..ok xpe...

Aku beli la kipas..bru 2 hari beb..tup2 hari ni die dtg pasang kipas...sepatah pun xckp nk dtg...sape xbengang..kalu baru je beli kipas...aku leh terima lagi xrugi pun kipas..leh bawak blik kampung..wlpn melayang rm100 kt situ..

Then leh plak arah itu ini..larang itu ini..xleh letk kasut kt sini..xleh sgkut bju kt cini...aku rase nk lempang je di.. "hello kak...sy penah je duduk kondo..xde mcm ni pun kak...asal akak berlagak sgt?"

FLAT JE PUN....

Yang aku peliknye..die bukan duduk kt sini pun..yet...kenape die nk kisah sgkut bju kt mane..normal la...flat kot..ko sumbat rmai2 dlm rumah ni..then ko nk ruang tamu ko sebersih-bersihnye...dah la bilik kecik....mane nk sumbt brg2 ni semua...bdk yg tidur kt luar..dgn tilamnye...dgn brg dienye..ko x sound plak....

Dulu aku penah duduk shah alam...bila akak tu dtg nk baiki ape yg rosak...aku pulak yg segan sebab rumah bersepah wlpn bukan barang aku..tapi ok je..akak tu siap cakap "xpe mira..akak dulu pun duk rumah sewa..ala normal la sepah2 sikit..asal korang boleh hidup dalam ni dah"

So yang buat aku hairan..apesal akak owner kali ni cerewet nak mampus...bukan die duduk sini pun...speechless sebab bukan sepah ape pun...just gantung bju bawah kipas nk bagi kering memandangkan ampaian kecik nak mampus..and ade ramai manusia yang menetap kt sini yang tunggu turn tuk sidai baju diorang..

Nampak x kt situ..akak ni xde common sense...



adios amigos,

Sunday, September 15, 2013

PELUPA

selamat hari malaysia....kami ucapkan kepada semua..mitak mak nasi sepinggan saya mau makan kerna perut lapa.... (ikut rentak selamat hari raya) ..


So SELAMAT HARI MALAYSIAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...
Hikhik...setelah lame xberupdate... harini aku bajet rajin bangun awal walaupun memang dah sah lg pengesahan yg harini cuti..padahal sebb aku lapa gile...so turun la g tapau..memandgkan smlm aku xmkn nasi hanya makan cococrunch habis sekotak...

Nasi lemak n bihun goreng done!! niat dihati tuk lunch sekali..tp rasenye x smpai pukul 10pg kompem habis,....dan pakcik nasi lemak tu seakan mengerti je yang aku tgh kebulur..so dia campurkan sekali mee kuning walaupun hanya seurat dua...terima kasih pakcik...haha

dan sebenarnya aku dah lupa nak share pasal ape..aiseh....

adios amigos,

Friday, December 21, 2012

HEY LADIES!!






Ha..korang la yang mana mengaku ladies tu aku tujukan entry kali tuk korang. Ini bukanlah lirik lagu ROSSA tu ..ala yang macam ni

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis


Akan tetapi memang ada benarnya bak lirik di atas memang lelaki ramai yang tak jujur tapi tak perlu untuk kita menduakan mereka... arghhh..pedulikan mereka tu yang telah curangi anda, cari je yang lain NOKHTAH







euww pakcik...

HEY LADIES..dengar sini ye seseorang lelaki yang bermadah puisi dengan anda, memanggil anda dengan panggilan2 manja tidak bermakna mereka benar2 ikhlas dengan anda dan benar2 sayangkan anda.

Begitu juga dengan mereka yang anda telah kenal lama sebagai kawan mahupun kekasih hati. Yang anda fikir "OH!! HE IS THE ONE FOR ME" .

Tidak kurang mereka yang senantiasa menghadiahkan anda bermacam2 hadiah. Percayalah itu hanyalah taktik sahaja.

Termaksudlah mereka yang membawa anda berjumpa dengan kedua orang tuanya. Memperkenalkan anda sebagai pilihan hatinya mahupun sebagai menantu atau yang seangkatan dengannya.

Habis kalau semua tak ikhlas, macam mane nak tahu mereka ikhlas dan benar2 maksudkan I LOVE U and YOU ARE MY FUTURE WIFE, MOM TO MY FUTURE KIDS.

Hanya apabila seorang lelaki itu pergi berjumpa kedua orang tua anda dan meminta izin atau restu mereka barulah ikhlas dan benar2 sukakan, sayangkan anda.


INGATLAH

Lelaki yang mudah mengucapkan sayang itu lagi perlu anda berwaspada kerana dia senang untuk mengucapkan kata2 azimat itu kepada sesiapa pun. 

Lelaki yang membawa anda berjumpa kedua orang tuanya mungkin hanya taktik untuk menutup mulut kedua ibubapanye mengenai perkahwinan. Mungkin jugak disebabkan kedua ibubapanya yang tak kisah (well ..nowadays parent). Tak mustahil untuk mereka membawa gadis lain jugak.

Lelaki yang suka menghadiahkan anda hadiah lebih kepada memenangi hati anda. Tak kurang untuk menguji kepisau cukuran anda. Dan tak mustahil untuk mereka menggunakan alasan ini sebagai tanda kecintaan mereka terhadap anda.


So please...

DONT EVER PUT YOUR TRUST HUNDRED % TO THEM UNTILL THEY'RE GOING TO MEET & GREET YOUR PARENTS OKAI???

BUAT LELAKI SIAPA YANG MAKAN AIS DIE YANG SENGAL...



GIGI OK.....

***lelaki jangan terase dan jangan penuhkan comment box dgn ketidakpuasan anda..hahahaha

adios amigos




Saturday, December 8, 2012

bila nak cukup?

Termenung punyer menung, terngiang-ngiang plak suara mak aku..katanya "bila nak cukup?"

maksudnya bila nak cukup duit tuk berumah tangga ler..hikhik..



Bunyi macam xmengancam langsung kan tp inilah ayat yang selalu mak aku utarakan bila aku balik rumah...mesti sume manusia akan pelik ngan soalan ni..tp aku..yg dah lali ngan soalan ni..ia merupakan ayat ganti kpd "bila nak kawin?"

Semenjak dari dulu lagi yakni habis blaja...dlm erti kate lain...keluar je dewan tuk last paper final exam..terus mak pesan.."kumpul duit awal2..t senang jupe calon trus kawin..xyah nk tunang lame2.." wakakkaa..

Bernas jugak idea mak aku ni..berbanding ngan ayat bila nak kawin ayat ni lagi dramatik..tp percayalah bila mana mak anda bertanyakan bila nak cukup duit...maksudnye xlain x bukan..bila nak kawin la tuh..so kurang la sikit stress korang...wahahahaha....

Setiap hari ruangan kosong facebook dipenuhi dgn pertukaran satus..dr single ke engage la..engage ke married la...xtermasuk dgn gmbr2 yg diupload tuk tatapan kwn2,..sedara jauh yg xdpt hadir ke majlis kawin diorg...or saje nk kecoh sebab baju lawa...majlis gempak.. hahaha

Aku yakin dan percaya ramai yang akan gelabah memikirkan rakan sebaya yg ramai dah jupe jodoh masing2..aku juga...sedikit sebyk merasainya tp xbermakna aku rase tercabar...jauh sekali untuk merasa cemburu..

Memikirkan tidak smpai sebulan lagi untuk kita menganjak ke tahun baru..yakni symbol penambahan umur secara logiknya..menambahkan lagi rasa itu..

Omega 3...dah nak masuk 24...xpe2...we’re still  young..(ayat penyedap)..heh..

Haish..jangan fikir bile someone tu nak kawin die gersang ..no..no..no...salah tu..sebb sume org mempunyai cita2 untuk mempunyai keluarga sendri..tuk bercinta dan dicintai secara sah..rite?

Bercakap soal kawin muda..tak dinafikan sekrg fenomena ni dah kembali ke zaman atuk nenek kita kan...kalu dulu2..normal bilamana seseorg tu dah akil baligh n pas sijil rumah tangga maka akan berkahwin la die...mungkin disebbkan mentality dahulukala perempuan hanya layak utk berada dirumah..dlm erti kata lain kt dapurla..

kononnye la kan...pahtu xsampai seminggu cerai..tsk..tsk..

Berlainan skrg..wanita dah boleh keluar mencari rezeki...malah menjadi bos2 atau ketua2 sesebuah pekerjaan itu sendiri..mungkin jua kerana pangkatnya..mereka mendpt jodoh yg lambat...tp bukan ini yg ingin kupersoalkan..

Kawin muda..ya...ramai setuju ramai jgk yg menolak...Benar byk kebaikannya, namun xlepas juga keburukannya dan masing2 mempunyai pendapat masing2.



Bagi aku..kalu kau mampu untuk menggalas tggjwb,mampu mencari rezeki untuk menyara..xsalah utk kamu kawin awal..krn kamu boleh mengelakkan maksiat..btol kan?

Tp xkurang juga yg kawin hanya kerana suka2..tgk org kawin..nak kawin..padahal masak air pom xreti...ape cer? Yang penting tepuk dada tanye diri sendiri..benar jodoh itu ketentuan Allah swt tetapi tetap kene berusaha dan jika usaha itu tidak berjaya percayalah ada lagi baik untukkmu...
untuk bakal calon merangkak husband to be gua la




Bukan nak melatah, cuma berkongsi rasa dan pendapat..walaweh...semoga korunk bahagia hendaknya...nah doa yang boleh korunk amalkan tuk cptkan jodoh korunk 


 boleh jgk mengamalkan ayat-ayat ini…

1) surah syura ayat 19
Maksudnya:
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah Kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

2) Surah Yusuf ayat 4
Maksudnya:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,”Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”

3) Surah Toha ayat 39
Maksudnya:
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”

4) Surah ali-imran ayat 31
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

5) Ayat 1000 dinar
Maksudnya:
Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu

pandai2 la korunk carik sendrik ayatnye...
  


adios amigos,

Thursday, November 15, 2012

cetusan rasa

Assalamualaikum pembuka bicara,semoga kalian semua sihat dan berazam baru sempena tahun baru..hijrah itu penting..

Lama menyepi dari dunia blogging bukan kerana ketandusan idea, mungkin kekangan waktu yang menghimpit.

Aku hanyalah insan yang kerdil, menjadi mangsa percaturan duniawi. Jika benar ini dugaan dan ujian bagiku, aku redha, tidak juga aku merungut. Ku hanya mahu meluahkan rasa hatiku yang setenang permukaan lautan tetapi bergelora didasarnya.

Cepat benar hatiku terusik, saat itu butiran kaca yang jernih jatuh menghempas hasil luahan rasa yang sungguh menyakitkan. Saat ku keseorangan, sepi jua membalut hatiku namun aku yakin Dia sentiasa ada. Namun jauh disuatu sudut, butiran kaca itu masih menjadi teman karibku . Disebalik ketenangan air mukaku, ada sirna yang cuba kusembunyikan.

Saat ini aku ingin bangkit, tetapi aku tidak setabah yang aku sangkakan. Hanya tangan kerdil ini yang mampu menadah menghadap yang Esa. Tidak pernah aku mengalah tetapi tipu benar jika aku tidak pernah tersasar.

Hasad dengki yang kau semaikan dijiwamu, menyemarakkan sorakan syaitan. Tatkala kau mendampingi makhluk durjana itu, aku hanya mampu berdoa untukkmu. Tidak pula timbul sekelumit dendamku terhadapmu. Aku ingin sekali melihatmu, mendengar alasanmu dan memaafkanmu walaupun sukar.

Terima kasih padamu jua, kerana engkau menguatkan aku, menyedarkan aku dari lena panjangku. Benar aku bukanlah diriku lagi, namun aku tekad mencarinya kembali.

Maafkan aku jika aku yang bersalah, jika puncanya aku engkau tersasar sedemikian rupa hanya ucapan maaf mampu kuhadiahkan.

Puaskah hatimu kini? Dia yang kau dambakan tetapi aku kau sisihkan. Duhai temanku, doaku selalu mengiringimu.


adios amigos,

Wednesday, September 26, 2012

ape benda tu??

Assalamualaikum...

Manusia ni macam2..dengki sikit mula la nk buat sumting kt orang yg didengkikan tu. Nak2 orang melayu suke benar la nak dengki2 ni...ish2...

Kisah aku pula lebih kurang bunyinya, jika sebelum ini aku was2 akan hal ni..sekarang sudah sah ada seseorang dikalangan kawanku yang tidak berpuas hati kat aku atau dalam erti kata lain dengki la tu .

Sebelum cerita aku makin panas..

Sila tekan sini..


sekadar hiasan

Jika mggu lepas,banyak perkara pelik jadi kt aku antaranya..hampir setiap pagi akan ade kesan cakaran ditangan ku...selalu aku mendengar bunyi yg pelik tp aku hanya berfikiran +ve..mungkin kucing..angin dll...xkurang jgk badanku kene urut ala2 kerusi urut rest n go tu..

Lagi memilikkan apabila aku kerumah seorg shbtku dimana rumahnya telah dipagar, ttp dtg je aku kt rumh die ptg tu jgk die kene...memang aku dah sedia maklum akan keadaan die yg menderita akibat buatan org..mcm2 gangguan yg dihadapinya dan yg paling teruk benda tersebut memakan isi perutnya..jadi sementahlah die berubat dan rumhnya dipagar hidupnya aman sehinggalah kedtgn aku pd hari tersebut..

nasib la ko burung..jadi hantu

Setelah hal ini terjadi barulah aku mendpt tahu bahawa ad seorg dua shbtku yang turut diganggu ketika bersama dgnku..antaranya mereka mendengar hembusan org bernafas dicuping telinga mereka...

Namun setelah 2hari yg lepas aku dapat tido dgn lena,sehinggalah semalam kejadian ni berulang lagi.

Dalam pukul 8 mlm..aku bertolak dari puchong tuk pulang ke bangi..masuk je area bangi, tetibe aku terhidu bau wangi yang teramat kuat..baunya semcm bau kologen ataupun perfume yang dipakai wanita..so aku pelik...ku bertanya pada kawanku...masing2 pelik dengan bau yang tiba2 itu...


gambar hiasan

Lepas 2minit bau tersebut hilang...dan tak semena2 aku merasakan ada sesuatu di tempt duduk belakang tetapi tidak ku endahkan...sehinggalah die mengacau aku...ditekannya belakang aku...

"ish kaco btol la" aku bermonolog

Sampai je dibilik aku nekad tuk menceritakan perkara ni kt parents aku dan kebetulan aku memang mempunyai sorg pkcik yg pandai bab2 ni..

Aku juz nak tahu betol ke ade benda yg ikut aku..dan menurut pakcik memang betol ade seseorg telah menghantar sesuatu kpdku tetapi tidak la teruk dan orang itu aku kenal yakni merangkak kawan aku sendri la...

So persoalannya sekarang ini siapakah dia yg tegar sunggh melakukan hal sedemikian..apelah yang nak didengkikan sgt dgn aku ni??? pelik???

Ape yg aku alami tak seteruk mana sebbnye benda tu baru lagi...namun jika dibiarkan mungkin akan jd teruk..so sesame la kite lindungi diri kite..



Wallahualam..


Friday, September 21, 2012

Izinkan Saya Berzina Dgn Anak Pakcik


Assalamualaikum...
Ha..jangan marah..jangan..
Jangan cepat melatah..
Orang omputih cakap..
dont judge the book by it cover..

Ha..kenape? kenape? nampak kurang hajar je tajuk entri aku kali ni kan tapi jangan cepat berburuk sangka...
Baca dulu sampai habis dan baru boleh anda semua adili okeh...

********

Kisah menarik seorang pemuda yang berjumpa bakal mertua kerana ingin menikah dengan wanita pilihannya sehinggakan keluar soalan “Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik.”
Oh sebelum tu dalam cerita ni kononnya si kapel ni nak keluar dating. Sebolehnya kita jangan dating-dating ni. Islam tak galakkan. Apa pun cerita ini sekadar tauladan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga bermanfaat!


Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya… 
Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.
Teruna : Assalamualaikum.
Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.
Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : Eh..

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.
Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya
Bapa Gadis : Oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.
Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna : Segan cik. Hehe
Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?
Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa Gadis : Boleh takde masalah
Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu
Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki
Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.
Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya
Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?
Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu Gadis : Abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot
Teruna : Kali terakhir bila?
Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm..
Ibu Gadis : Kenapa?
Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?
Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.
Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar.

 Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada.

 Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.

Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

grand mcm ni kot
Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.
Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik,‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.
Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.
Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.
Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.
Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..
Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis
“Andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”
“ : )”
“Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”

TAMAT
Sumber fitri hadi

Artikel ini diambil dari : kelab iman UiTM Kedah.

********
Sesungguhnya artikel ini tersangat la benarnya...
Jadi renung-renungkan la bersama...
Sekadar berkongsi nukilan ini.




adios amigos,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...